`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 20, 2023

Bapa mengaku rogol 2 kanak-kanak, anak pula didakwa cabul

 

Hakim mengeluarkan perintah tiada jaminan diberikan kepada lelaki menyamar bomoh itu, selain menetapkan 11 Dis bagi penetapan hukuman. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Seorang lelaki menyamar pengamal perubatan mengaku salah di Mahkamah Sesyen Muar kerana merogol adik ipar dan anak saudaranya di sebuah rumah di Segamat dan kuarters ladang sawit.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki menyamar “bomoh” berusia 55 tahun itu didakwa merogol adik iparnya dalam masa kejadian berusia 13 tahun di sebuah rumah di Jementah, dekat Segamat, pada 12 tengah hari, pada 2017.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol anak saudaranya berusia 15 tahun di sebuah kuarters ladang sawit di Segamat, pada 6.30 petang, 12 Nov, lapor Harian Metro.

Mengikut kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376B (1) dan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Hakim Abu Bakar Manat mengeluarkan perintah tiada jaminan diberikan dan menetapkan 11 Dis untuk penetapan hukuman.

Dalam pada itu, di Mahkamah Majistret Segamat, anak lelakinya berusia 17 tahun didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana mencabul mangsa sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.