`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 8, 2023

‘Bincang baik, jangan sombong’, Anwar ulas dakwaan kerajaan galak rasuah

 

Anwar Ibrahim terus meminta Ahli Parlimen pembangkang berbincang bersama Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berhubung peruntukan.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta pembangkang “jangan sombong” untuk berbincang dengan wakil kerajaan berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen mereka.

“Bincang dengan baik, jangan sombong,” katanya menurut Bernama ketika ditemui selepas merasmikan Kolokium Madani Perkhidmatan Awam di Putrajaya.

Anwar berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim yang mendakwa kerajaan menggalakkan rasuah dengan meletakkan syarat terhadap peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Sabtu lalu, Anwar meminta Ahli Parlimen pembangkang terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

Ditanya ketika itu mengenai dakwaan terdapat pelbagai syarat yang perlu dipatuhi Ahli Parlimen pembangkang jika ingin membuat permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing, Anwar berkata: “Tiada”. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.