`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 8, 2023

Parah ditetak individu bertopeng bersenjatakan pedang

 

Seorang lelaki berusia 55 tahun diserang dua individu bersenjatakan pedang ketika di kedai kopi. (Gambar Fail)

KOTA BHARU: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas ditetak beberapa kali oleh dua lelaki bertopeng dalam kejadian di Kampung Wakaf Berangan, Pasir Puteh malam tadi.

Ketua Polis Pasir Puteh Zaizul Rizal Zakaria berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada kira-kira 10.30 malam. “Kejadian berlaku ketika mangsa yang berumur 55 tahun bersama seorang rakannya berada di sebuah kedai kopi.”

“Dua individu bertopeng bersenjatakan pedang kemudian datang menyerang serta menetak mangsa beberapa kali di bahagian badan dan tangan,” katanya dalam kenyataan.

Zaizul berkata kedua-dua suspek terus melarikan diri menggunakan sebuah kereta dipercayai Proton Saga, warna kelabu yang dipandu oleh suspek ketiga.

Mangsa dihantar menerima rawatan awal di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan kini dirujuk kepada pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana dilaporkan mengalami kecederaan yang serius.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih belum dikenal pasti,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.