`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 8, 2023

Don Wori. Orang Langkawi Boleh Kembali Tanam Ubi Kayu, Tanam Jagung. Macam Dulu. Nostalgia Sungguh.

 



https://www.sinarharian.com.my/article/633405/edisi/utara/langkawi-jadi-pekan-hantu-jika-kemasukan-pelancong-terus-merosot

 

  • Tidak mustahil Langkawi jadi ‘pekan hantu’ 
  • Langkawi sudah hilang tarikan 
  • Persepsi buruk mengenai Langkawi 
  • persepsi harga makanan mahal
  • Dakwaan kedai makan Langkawi cekik darah
  • orang ramai memilih Hatyai sebagai destinasi percutian murah
  • Harga makanan, penginapan di selatan Thai lebih murah 
  • faktor penarik pelancong antarabangsa berbanding Langkawi
  • di Thailand kos perjalanan jauh lebih murah, mudah
  • Industri hotel, kereta sewa, kedai makan Langkawi makin tenat  
  • pelancongan semakin merosot kebelakangan ini
  • Pengusaha berisiko mengalami kerugian berterusan
  • dikhuatiri Langkawi bertukar menjadi ‘pekan hantu’
  • tempahan hotel cuti Deepavali 10% bagi hotel tiga bintang ke bawah
  • tempahan hotel hanya 10% bagi yang bertaraf tiga bintang

  • dibandingkan 2022, tahun ini lebih teruk, kerugian sehingga 58% 
  • senario terburuk berbanding tahun-tahun sebelum ini 
  • industri pelancongan Langkawi bakal berkubur 
  • pengusaha makanan Langkawi ‘gulung tikar’
  • pemilik kereta sewa melelong kenderaan 
  • pelancong yang semakin merosot 
  • Ramai pengusaha terjejas
  • sudah jual perkakasan kedai 
  • jumlah ini akan bertambah 
  • 31 daripada 163 restoran tidak beroperasi Oktober 
  • kekurangan trip feri 
  • menakutkan pelancong untuk berkunjung ke pulau tersebut

My Comments :

Mula sekali saya melawat Langkawi adalah pada tahun 1979. Ketika itu saya berusia 19 tahun dan saya bersama tiga orang kawan lagi telah pergi camping ke Pulau Langkawi (di Tanjong Rhu dan Telaga Tujuh). Pada zaman itu (44 tahun sudah) apabila turun feri di Kuah semua pengunjung akan terjumpa warong seorang mamak berkepiah putih yang menjual mee goreng di tepi jeti Kuah. Anehnya tukang masak dia adalah seorang wanita Cina atau Siam yang muda, seksi dan memakai baju mini skirt. 

Masa itu hanya sebatang jalan saja yang kelilingi pulau itu dan jalan itu tidak sampai ke semua tempat. Pada masa itu terdapat hanya seorang pakcik yang membawa bas mini  menghantar orang ke sana sini. Kami ber-camping malam di tepi laut di Tanjong Rhu. Dua hari kemudian kami naik bot dari Kuah juga untuk ke Telaga Tujuh sebab pada masa itu tidak ada jalan lain ke Telaga Tujuh. Setelah turun dari bot di pantai Burau Bay (Teluk Burau)  yang semuanya berhutan belaka, kami terpaksa hiking naik bukit lebih dua jam sebelum tiba di air terjun Telaga Tujuh.  
 
Ramai juga pelawat lain yang turut bersama menuju ke air terjun Telaga Tujuh. Bila sampai petang pula orang lain semua turun bukit untuk menaiki bot ke Kuah. Apabila mereka melihat kami ingin tidur malam di situ ada yang berkata tempat itu berhantu dan orang tempatan tidak bermalam di hutan itu. Tetapi oleh kerana kami adalah dumb city kids maka kami pun tak tahu sangat lah pasal hantu dan jembalang.  Kami tidur juga - letih sungguh, knocked out sampai pagi. Hantu, jin, jembalang semua terlupa nak mai tegur kami.

Sejak itu saya telah melawat Langkawi berulang kali. Sewaktu kawalan pandemik dilonggarkan saya dan isteri melawat Langkawi dua kali. Saya juga mempunyai dua orang sepupu yang kini menjadi warga Langkawi. 

Maka saya rasa amat sedih membaca berita di atas ini. Tetapi percayalah sejak begitu lama sudah service quality di Langkawi memang tahap Afrika atau India atau lebih buruk dari itu.

Saya telah lama mendengar rungutan bahawa budak teksi dan sewa kereta banyak menipu dan suka sembelih mangsa. 

Saya pernah sewa bilik hotel (lebih RM200 satu malam) kepunyaan anak syarikat Negeri atau agensi menjaga Langkawi itu yang tidak ada remote control TV dan tidak ada macis pun dalam bilik. Bila saya turun ke pejabat hotel wanita yang bertugas itu membohong bahawa 'macis sudah habis'.  Memang service kualiti di Langkawi tahap haprak.

Pada tahun lain saya dan isteri pergi ke Gunung Mat Cincang. Kami melihat berpuluh pelancong Mat Salleh beratur secara disiplin depan kaunter jual tiket tetapi que itu langsung tidak bergerak. Sesudah hampir 15 minit saya pergi tanya budak yang bekerja di situ apa sebabnya que tak berjalan. Dia jawab dengan sungguh kurang asam bahawa cable car rosak dan cable car Mat Cincang itu tertutup.  Kalau stesen cable car tutup why not tell all the people? Terutama sekali berpuluh pelancong Mat Salleh yang beratur macam dunggu menunggu untuk beli tiket naik cable car itu? 

You see sekali lagi depa ini tak faham bisnes, depa tak faham customer service dan depa tak peduli pasal kebajikan manusia. They just dont care. Depa tak peduli kalau tak ada TV remote control dalam bilik hotel atau tak ada macis atau cable car sudah rosak. Bukan duit bapak dia pun. Cable car rosak atau cable car tak jalan, gaji dia jalan juga. Cukup bulan depa dapat gaji juga. 

Yang saya sebut ini cerita lama. Itulah keadaan di Langkawi sebelum Pas menang Kedah. Sejak Pas menang di Kedah keadaan di Langkawi bertambah buruk lagi. Seorang sahabat saya turut memberi sedikit pandangan berkenaan Langkawi:
 
"All the PAS policies in Kedah which attracted unwanted bad publicity have now come to spook them (menghantui mereka). For foreigners and non-Muslims there is Krabi, Phuket in Thailand where they can enjoy their holidays without the moral policing, guidelines and other what not.  For Malays, many have complained about the overpriced halal restaurants.  RM four-figures bill for a fish!"

Ok saya nak sambung sikit pasal customer service haprak di Langkawi. Dulu kami pernah shopping di kedai duty free kepunyaan orang kita (yang haji mamak itu). Tetapi as usual layanan mereka macam nak-tak-nak-layan saja.  So the solution is simple - kami shopping di kedai duty free kepunyaan Cina. Barang dia pun penuh dan layanan mereka sangat bagus. Yang peliknya kesemua pekerja di kedai duty free Cina itu bebudak Melayu juga. Tapi service excellent.

Serupa juga dengan restoran sea food kepunyaan Cina. Kedai dia halal juga. Harga depa ok. Yang lebih penting dia mai explain in detail apa yang kami order, apa yang popular, kalau order ikan dia tunjuk harga ikan (lebih kurang) - semuanya dia explain clearly.  Makanan pun sedap, service dia elok, bayar bil pun puas.

Jadi saya nak tanyalah kepada pengusaha 'orang kita' yang lain - what is your problem?

Merujuk laporan berita di atas, hotel tiga bintang ke bawah biasanya pengusahanya Melayu. Pengunjungnya pun ramai Melayu. Maksudnya juga purchasing power orang Melayu keseluruhannya makin menurun. Semua jenis perusahaan di seluruh negara yang bergantung kepada customer Melayu mengalami kerugian atau slow down in business. 

Lagi teruknya di Langkawi yang menjadi holiday destination atau tempat belanja duit berlebihan - untuk holiday, birthday, anniversary, shopping dsbnya. Kalau purchasing power orang Melayu makin merosot, maksudnya Langkawi akan "terkubur" lagi cepat.

Saya ada sedikit cadangan kepada kerajaan negeri Kedah, pihak berkuasa tempatan (PBT) di Langkawi, Langkawi Authority dsbnya.

1. Jangan menyusahkan manusia. Orang pergi ke Langkawi dalam kegembiraan dan keseronokan bercuti. Its a holiday destination. Kalaulah orang rasa kurang senang atau tidak selesa dia akan pergi ke tempat lain.

2. Buatlah kempen 'peniaga jujur' atau serupa. Bukan bermaksud pengusaha Langkawi menipu tetapi untuk meyakinkan pelancong dan pelawat bahawa mereka tidak akan kena tipu.  Setahun sekali pilihlah champion 'peniaga jujur' dan pastikan mereka menerima publisiti yang meluas. PBT atau Langkawi Authority boleh anugerahkan 'sticker' peniaga jujur (dwi-bahasa) kepada pengusaha yang memenuhi kriteria peniaga jujur. Mereka boleh lekat sticker itu di premis perniagaan mereka untuk fahaman umum.

In this way para pelancong dan pelawat pun akan lebih yakin dengan pengusaha di Langkawi.

3. Pastikan penggunaan tanda harga atau Price Tag yang jelas di semua tempat terutama sekali di restoran. Buat macam restoran Cina - depa letak gambar makanan dengan harga sekali. Kalau ikan depa tulis berat ikan contohnya antara 750gm hingga 1.0 kilo dan harganya antara RMxx dan RMyy. Jadi orang boleh tahu harganya sebelum nak bertanya pun. 

4. Kempen mesra pelanggan atau customer friendly dan juga Kempen premis bersih

Buatlah kempen mesra pelanggan atau customer friendly.  Layanlah customer dengan baik dan sopan tak kira apa bangsa, warna kulit, agama, bahasa, lokal, international, tutup aurat, tak tutup aurat dsbnya.  (Listen carefully - saya bukan cakap sia-sia tahu).

Untuk berjaya dalam bisnes kita mahu duit customer kita bangun terbang dari kocek dia masuk ke dalam kocek kita. It is as simple as that. 

We must earn the trust of the customer. Untuk memudahkan duit customer bangun terbang ke dalam kocek kita, kita mesti layan semua customer dengan baik dan sopan, jujur dan telus. 

Dan juga buatlah Kempen Premis Bersih dengan memberi pangkat A, B dan seterusnya mengikut kebersihan premis itu. Semua ini akan meyakinkan customer dan pelawat dengan peniaga Langkawi.

Cerita Langkawi yang makin merosot dan makin tercorot ini bukan cerita baru. Pengalaman saya sendiri (yang disebut di atas) adalah daripada banyak tahun sejak saya melawat ke Langkawi. 

Rome was not built in a day. Rome also did not collapse in a day. Begitu juga Langkawi bukan didirikan dalam sehari. Dan Langkawi juga tidak collapse dalam sehari.

Tetapi kalau Tuan-Tuan mahu Langkawi mati lagi cepat bolehlah buat syarat lelaki tak boleh pakai seluar pendek, itu dan ini akan diharam dsbnya. Memang boleh. It is up to you.

Don Wori. Orang Langkawi Boleh Kembali Tanam Ubi Kayu, Tanam Jagung. Macam Dulu. Nostalgia Sungguh.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.