GAZA: Qatar pada lewat Isnin mengumumkan gencatan senjata kemanusiaan di Semenanjung Gaza dilanjutkan dua hari lagi, lapor Agensi Berita Palestin (Wafa).
Sebelum ini, gencatan senjata kemanusiaan selama empat hari berkuat kuasa 7 pagi Jumaat lalu, susulan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lalu.
Sekurang-kurangnya 15,000 orang awam di Semenanjung Gaza terbunuh, termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita, dengan lebih 36,000 lagi cedera. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.