Federal religious officials, including FT mufti to monitor, stop spread of teachings
of a Syrian-born preacher based in Besut, Terengganu
- Religious affairs minister Na’im Mokhtar said teaching deviated from Islam
- ministry working with police to curb deviant teachings
- We want to make sure these teachings do not spread and pervert Muslims
- mufti of Terengganu issued fatwa against the preacher
- fatwa published in Terengganu govt gazette on Nov 16
- Terengganu mufti said teachings declared misguided, misleading, contradicting
- he was spreading pro-Wahhabi beliefs
- teachings were religious extremism, threat to national security
- Among his deviant claim Allah could have children if He so wished
- Syrian-born is PR married to woman from Besut (met in 1997), married 2001
My Comments :
Saya ada sedikit cadangan. Kita bukan negara yang unik atau khusus menghadapi masalah seperti ini.
Tetapi negara kita memang unik kerana kita sering menghadapi masalah seperti ini banyak kali, berulang kali dan tanpa putus. Rupanya orang kita suka sangat mencari masalah.
Tak lama sebelum ini negara kita yang berbilang kaum, yang hidup aman dan sejahtera tiba-tiba menghadapi banyak tension akibat hujah merepek pendakwah bodoh dan bebal dari India. Malangnya sehingga hari ini pendakwah asal India itu masih duduk di sini. Dia telah diberi PR atau status penduduk tetap oleh pemimpin politik yang lagi dangkal. Pemimpin politik suka main api 3R.
Balik kepada cadangan saya - negara lain mempunyai cara yang paling mudah untuk mengelak daripada iblis dan setan rasuk pemikiran lembap orang kita.
Di Singapura mereka tidak membenarkan sebarang pendakwah asing masuk ke dalam negara mereka ataupun menetap lama di negara itu ataupun untuk bebas ke sana dan ke sini untuk berceramah dan berdakwah apa pun. Dan ini melibatkan semua agama - Islam, Kristian dsbnya.
Bagi keperluan orang Islam pula Majlis Ugama Islam Singapura atau MUIS mempunyai peruntukan Budget untuk mengurus latihan dan pengajian agama untuk mengeluarkan pendakwah agama berbangsa Singapura daripada kalangan rakyat Singapura sendiri.
Maka pendakwah warganegara Singapura yang beragama Islam lebih memahami budaya dan keadaan masyarakat Singapura dan apakah cara terbaik menyampaikan Islam dalam negara mereka. Mereka menjaga kesejahteraan dan ketenteraman negara mereka.
Mereka tidak mengimpot keledai, baghal, lembu dan kambing berjanggut dari luar negara yang berpotensi mencemarkan suasana masyarakat mereka.
Di negara Jerman pula universiti mereka yang mempunyai Fakulti Pengajian Islam (contohnya di University of Heidelberg) melantik Dekan Fakulti Pengajian Islam daripada orang berbangsa Jerman. Termasuk orang Jerman yang beragama Islam. Dan mereka tidak bezakan pengajian atau tenaga pengajar antara syiah, sunnah atau mazhab apa pun.
Dengan cara mudah seperti itu mereka mengelakkan masalah bodoh yang kita sering menghadapi di sini - ia itu masalah membenarkan pendakwah songsang bangsa asing yang mulut setan dan celupar mengapi-apikan fahaman sesat mereka.
Tambah lagi kerajaan tidak bijaksana kita membuat peruntukan RM1.9 billion daripada duit rakyat untuk membayar lebai dan ostard buat kerja agama. Habis kenapa pula bawa masuk pendakwah asing mulut celupar lagi? Tak cukup ke belanja duit rakyat RM1.9 billion itu?
Dan sekarang Polis pula dikerah membazirkan lagi banyak masa, tenaga dan duit rakyat untuk mengawasi, membendung, menangkap pendakwah-pendakwah asing setan itu. Macam lah Polis tak ada kerja lain? Polis memang senantiasa kekurangan anggota dan kakitangan untuk menjaga keselamatan negara kita daripada penyamun, perompak, pembunuh, penipu dan pelbagai penjenayah lain. Sekarang ditambah lagi tugas untuk mengawasi dan menahan pendakwah asing setan. How stupid can you get?
Lebai dan ostard lokal pula perlukan surat tauliah untuk berdakwah. Habis macam mana pula pendakwah asing yang setan boleh bebas ke sana dan ke sini untuk merepek dan mengarut? How stupid can you get?
Buatlah cara lebih mudah dan berkesan. Haramkan saja semua pendakwah asing. Pendakwah asing bukan mengajar Islam yang betul pun. Mereka membawa bersama mereka politik benci-membenci dari negara mereka yang memang adalah lubang taik dunia (shithole countries). Sebab itulah mereka datang ke sini - untuk mencari makan. Sebab di negara mereka api dan air pun sudah tak ada. Dan mereka membawa kebencian mazhab mereka seperti wahabi dan salafi dijadikan modal air liur untuk menipu duit orang kita. Itu saja. It is all about money.
Lepas itu kita pula tanggung beban mulut celupar mereka. Lepas itu kita pula kena buang masa, buang duit untuk buat fatwa, suruh pegawai agama dan Polis awasi mereka itu. Macam tak ada kerja lain. How stupid can you get?
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.