`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 6, 2023

‘Jangan bawa emosi’, Agus pertahan J-Kom

 

Mohammad Agus Yusoff menafikan J-Kom berperanan sebagai ejen propaganda kerajaan kerana mereka sendiri tidak mempunyai laskar siber. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) mempertahankan fungsi agensi itu dalam menerangkan dasar kerajaan kepada rakyat.

Mohammad Agus Yusoff turut menafikan J-Kom berperanan sebagai ejen propaganda kerajaan kerana mereka sendiri tidak mempunyai laskar siber.

“Pembangkang kena faham, J-Kom bukan (pasukan) strategi komunikasi (Stratcom) kerajaan sebaliknya agensi komunikasi komuniti. Sebab itu J-Kom tidak kawal media, tidak ada ‘cybertrooper’.

“J-Kom betul-betul murni menerangkan dasar kerajaan, impian misi dan visi perdana menteri kepada masyarakat dan komuniti kerana kami ketemu secara langsung,” katanya kepada FMT.

Agus mengulas cadangan Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat supaya agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu dibubarkan kerana kegagalannya berfungsi memberikan penerangan dengan baik, selain mampu menjimatkan RM13 juta.

Ahli Parlimen Kuala Krai daripada Perikatan Nasional, Abdul Latiff Abdul Rahman, berkata J-Kom didakwa gagal menerangkan isu berkaitan harga barang dan konflik di Palestin sehingga mencetuskan polemik berterusan

Mengulas lanjut, Agus mempersoalkan atas alasan apa J-Kom harus dibubarkan kerana peranannya menerangkan dasar kerajaan.

“Siapa lagi yang hendak mempertahankan, menaikkan segala jasa baik kerajaan, jika tidak J-Kom juga harus berperanan,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan pembangkang supaya bercakap sebagai pemimpin yang mempunyai “ilmu dan fakta di dada”.

“Jangan bawa emosi semata-mata hanya kerana nak menjatuhkan, memburukkan kerajaan Madani, memburukkan perdana menteri,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.