`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 16, 2023

Motosikal bergesel dengan lori, murid tahun 6 maut kemalangan

 

Harraz Mifzal Muslim meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang murid tahun enam maut selepas motosikal dibonceng bersama ibunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Lubuk Binjai dekat Kampung Undang, Kuala Terengganu, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, Harraz Mifzal Muslim disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke rumahnya di kampung sama selepas dijemput ibunya dari Sekolah Kebangsaan (SK) Undang.

Timbalan Ketua Polis Kuala Terengganu Wan Mohd Zaki Wan Ismail siasatan awal mendapati lori dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun cuba mengelak daripada terlanggar sebuah kereta yang berhenti untuk masuk ke simpang kanan.

“Lori terbabit bagaimanapun bergesel dengan motosikal jenis Honda Beat ditunggang dua beranak itu lalu menyebabkan mereka terjatuh.

“Harraz Mifzal kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan manakala ibunya mengalami kecederaan di bahagian kaki,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Kes disiasat Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.