`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 18, 2023

PAS lawan BN di Kemaman

 

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili PAS manakala BN mempertaruhkan bekas panglima tentera Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

PETALING JAYA: PRK Parlimen Kemaman di Terengganu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili PAS manakala BN mempertaruhkan bekas panglima tentera Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Nama semua calon yang layak bertanding itu diumumkan pegawai pengurus pilihan raya Parlimen Kemaman Ahmad Farhan Abdul Wahab , selepas proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.

SPR menetapkan pengundian awal pada 28 Nov, manakala 2 Dis sebagai hari pengundian.

Kempen PRK itu ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini hingga detik 11.59 malam, 1 Dis.

PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada PRU15.

Pada PRU15, Che Alias menang kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi menewaskan Ketua Umno Terengganu Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi, calon Pakatan Harapan Hasuni Sudin (8,340) dan calon Pejuang Rosli Ab Ghani (506). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.