`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 4, 2023

Pelajar tahfiz ditemukan lemas

 

Menurut bomba, mayat mangsa ditemui tersangkut pada pukat di dasar sungai sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pelajar tahfiz ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi bersama tiga rakannya di Dataran Banggol Chempedak, Kuala Terengganu petang tadi.

Mayat Ahmad Mujahid Al-Faruqi Haimi, 15, ditemui anggota bomba pada 9.10 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, berkata mayat ditemui tersangkut pada pukat di dasar sungai kira-kira 30 meter dari tebing dengan kedalaman lima meter.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan sebaik menerima maklumat kejadian jam 6 petang.

“Ia melibatkan 13 anggota Bomba dan Penyelamat termasuk lima anggota PPDA, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta penduduk kampung.

“Mayat mangsa yang berjaya ditemui kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya menurut Berita Harian.

Bagaimanapun katanya, dua lagi rakan mangsa yang terselamat, Engku Mohamed Fakhry Engku Mohamad Anuar, 16, dan Mohamad Wagiyuddin Rosdi, 14, dilaporkan stabil manakala seorang lagi, Mohd Abdul Rahman Mohd Soud, 15, ditidurkan.

Dalam kejadian 5.30 petang tadi, pelajar pusat tahfiz di Marang itu dikatakan mandi di pusat rekreasi berkenaan bersama tiga rakan sebaik selesai mengadakan persembahan qasidah sempena Festival Warisan Air. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.