`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 4, 2023

Polis siasat video gaduh penghantar makanan, pengawal keselamatan

 

Tangkap layar video menunjukkan pengawal keselamatan berjaket merah bergelut dengan penghantar makanan.

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung pergaduhan antara penghantar makanan dan pengawal keselamatan di sebuah bangunan di ibu kota.

Dua klip video 3 minit 15 saat dan 2 minit 15 saat yang tular di media sosial hari ini menunjukkan dua lelaki bergaduh, dengan hantaran pada video itu menyatakan penghantar terbabit tidak dibenarkan memasuki bangunan berkenaan, tetapi penerima bertegas supaya penghantar masuk ke bangunan.

Harian Metro melaporkan penghantar dikatakan memarahi pengawal keselamatan itu, yang kemudian memanggil rakan sekerja untuk membantunya sebelum berlaku pergaduhan.

Timbalan Ketua Polis Dang Wangi Nazron Abd Yusof berkata pihaknya sudah mengenal pasti saksi kejadian dan memanggil mereka untuk memberi keterangan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya sambil menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi dan tidak mengganggu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline IPD Dang Wangi 03-2600 2222. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.