`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 18, 2023

Pemilihan: Amanah ambil iktibar PAS ‘buang’ Mat Sabu, Salahuddin

 

Naib Presiden Amanah Adly Zahari berkata model pemilihan berasaskan konsensus membolehkan setiap pemimpin dinilai berdasarkan pencapaian dan nilai dibawa. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Amanah akan mengekalkan model pemilihan kepemimpinan parti berasaskan kosensus, mengambil iktibar beberapa pemimpinnya terutama Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub yang dibuang ketika bersama PAS pada 2015.

Naib Presiden, Adly Zahari, berkata model itu membolehkan setiap pemimpin dinilai berdasarkan pencapaian dan nilai yang dibawa mereka.

Katanya, pemilihan dilakukan untuk 27 pemimpin utama bagi membentuk kepemimpinan termasuk bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden serta ketua sayap Pemuda, Wanita dan Wanita Muda.

“Model kepemimpinan Amanah mungkin tidak sama dengan parti politik lain, tetapi tujuan kita menggunakan model ini untuk membolehkan semua bakat dalam Amanah dinilai ahli dan menjadi pemimpin peringkat nasional.

“Ketika ini, Amanah dalam proses mesyuarat agung sehingga hujung bulan ini…apabila pemilihan kawasan selesai, baharu proses pencalonan peringkat nasional dibuat selepas Disember,” kata Adli yang juga timbalan menteri pertahanan ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Amanah Kubang Pasu, menurut Berita Harian.

Beliau berkata, kepemimpinan Amanah tidak akan menawarkan diri merebut jawatan utama parti kerana mereka akan dilantik dalam kalangan 27 pemimpin dipilih ahli.

Katanya, ahli akan mengundi bagi memilih 27 pemimpin terbabit berdasarkan pencapaian, nilai dibawa dan kerjasama yang mampu menyumbang kepada pengukuhan parti terutama untuk kerajaan perpaduan.

“Pengalaman kita dalam PAS dahulu, walaupun kita lihat prestasi kepemimpinan kita cukup baik, tetapi akhirnya disebabkan sentimen mereka ditolak, jadi kita tak mahu lagi dengan model politik itu.

“Dulu presiden (Mohamad) dan timbalan presiden (Salahuddin) cukup aktif menggerakkan parti (ketika dalam PAS), tetapi disebabkan sentimen mereka dibuang. Kita tak mahu perkara itu berulang dalam Amanah, jadi kita menolak sebarang bentuk sentimen,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.