`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 17, 2023

Polis kesan kumpulan lelaki bergaduh guna senjata tajam

 

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata polis membuat kertas siasatan berhubung kes itu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata. (Gambar Facebook)

JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan menggunakan senjata tajam di hadapan sebuah premis di bandar raya ini pada Rabu lepas, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat mengesahkan kejadian tersebut berlaku namun memaklumkan tiada laporan dibuat oleh mangsa atau pun pihak terlibat, setakat ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada Rabu lepas kira-kira 11.25 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Pihak polis masih giat mengesan semua yang terlibat bagi membantu siasatan.

“Kami telah buka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di 07-2182323 atau pegawai penyiasat Azlinda Mohd Khalid di talian 017-2765250.

Terdahulu, tular dua video berdurasi enam saat hingga satu minit 25 saat yang dimuat naik di laman Facebook yang memaparkan mengenai insiden pergaduhan terbabit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.