`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 14, 2023

Tiada aduan pekerja diberhentikan akibat boikot, kata Sivakumar

 

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata pihaknya akan membantu mana-mana pekerja yang terjejas akibat kempen memboikot produk Israel yang semakin memuncak ketika ini.

PETALING JAYA: Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata setakat ini pihaknya tidak menerima aduan mengenai pekerja yang terjejas atau dibuang kerja akibat gerakan memboikot produk yang dikaitkan dengan Israel.

Sivakumar juga menyeru mana-mana pekerja yang terjejas akibat kempen itu untuk membuat aduan kepada Kementerian Sumber Manusia.

“Kalau ada pekerja yang terjejas, dibuang kerja dan sebagainya mereka mempunyai hak untuk membuat aduan dan kami akan melihat perkara itu dan mengambil tindakan,” katanya selepas satu majlis di Putrajaya, menurut Sinar Harian.

Sivakumar mengulas kesan kempen boikot yang dilihat semakin memuncak susulan serangan Israel terhadap Gaza yang memasuki hari ke-39.

Peperangan yang tercetus sejak 7 Okt lalu antara pejuang Hamas yang menguasai Gaza dan rejim Israel telah menyebabkan lebih 11,000 penduduk Palestin terkorban.

Sejak itu beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan mula melancarkan boikot terhadap beberapa barangan dan perkhidmatan yang didakwa sebagai produk atau yang menyokong Israel.

Keadaan itu menyebabkan ramai pekerja di syarikat terjejas bimbang dengan jaminan pekerjaan mereka akibat kemerosotan pendapatan secara mendadak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.