`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, January 13, 2024

Kaut untung RM60,000 sebulan, judi dalam talian tumpas

 

Ketua Polis Kuching Ahsmon Bajah, berkata sindiket mempromosi judi dalam talian antaranya menerusi Whatsapp dan Telegram, selain panggilan telefon.  (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sindiket judi dalam talian mengaut untung RM60,000 sebulan tumpas dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Stutong Baru, Kuching, semalam.

Ketua Polis Kuching Ahsmon Bajah, berkata susulan itu seorang lelaki lingkungan 20an yang dipercayai operator pengendalian judi dalam talian ditahan.

Katanya, polis sedang mengesan pemilik sebenar premis berkenaan.

“Siasatan awal mendapati pusat tersebut telah beroperasi sejak Ogos 2023 dengan cara mempromosi judi dalam talian melalui panggilan telefon, Whatsapp, Wechat, Telegram, dan Facebook.

“Berdasarkan rekod transaksi, sindiket dipercayai mengaut untung lebih kurang RM2,000 sehari dan boleh mencecah RM60,000 sebulan,” katanya dalam kenyataan.

Ahsmon berkata, pihaknya juga turut merampas sebuah komputer riba, sebuah router serta modem dan empat telefon bimbit.

Katanya, suspek direman sehingga 15 Jan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 4)1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.