`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, January 13, 2024

Buka stesen minyak sepanjang Pan Borneo, SKM beritahu koperasi Sarawak

 

SKM berkata setakat ini hanya menerima satu permohonan daripada koperasi di Bau untuk mendapatkan tanah bagi bina stesen minyak. (Gambar Bernama)

KUCHING: Koperasi di Sarawak digalak menceburi perniagaan stesen minyak di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Amran Abd Kadir berkata tidak banyak stesen minyak dibina di sepanjang lebuh raya baharu itu terutama di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, terdapat hampir 70 stesen minyak jenama Smart Stream milik koperasi di kawasan rancangan Felda.

“Gerakan koperasi di Sarawak harus teroka benda-benda seperti ini, ambil peluang,” katanya ketika berucap merasmikan Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) Cawangan Kuching II di Matang Jaya.

Amran berkata, setakat ini pihaknya menerima satu permohonan daripada koperasi di Bau untuk mendapatkan tanah bagi membina stesen minyak.

“Kita akan membawa perkara ini dalam mesyuarat bagi (koperasi itu) membina ramp sawit, R&R, dan stesen minyak,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 1,177 koperasi berdaftar di Sarawak dan pembukaan Koperasi CBP Cawangan Kuching II merupakan cawangan ketiga yang dapat memperkasakan lagi ekosistem gerakan koperasi di negeri itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.