`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 13, 2024

Permohonan lesen sementara bas ekspres dibuka sempena Tahun Baharu Cina

 

Bas digunakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina perlu dilengkapi GPS, berusia kurang 10 tahun.

PETALING JAYA: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) kepada pengendali bas sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

APAD dalam kenyataan berkata ia bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres mencukupi dan menampung peningkatan penumpang yang pulang ke kampung.

“Permohonan dibuka kepada pengendali bas bermula 15 Jan hingga 5 Feb.

“Tempoh sah laku LPS bagi permohonan yang diluluskan berkuatkuasa mulai 7 hingga 18 Februari 2024,” menurut agensi itu

Katanya, pengendali yang memohon LPS perlu mematuhi dasar dan spesifikasi bas ekspres; dilengkapi sistem GPS; had usia tidak melebihi 10 tahun; dan terhad kepada jenis perkhidmatan ekonomi sahaja.

“Bagi bas persiaran yang melebihi had usia penggunaan dan mendapat kelulusan Laporan Puspakom VR1 Khas (Kod 9009) dibenarkan untuk memohon,” menurut APAD. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.