PETALING JAYA: Penyair dan pelakon, Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman, 66, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang.
Berita pemergian seniman itu disahkan isterinya dalam hantaran di Facebook milik Pyanhabib
“Suami saya Pyanhabib yang anda kenal sudah tiada. Kembali pada pencipta-Nya. Maafkan kesalahannya, doakan yang baik baik untuknya,” katanya dalam hantaran itu.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Mohd Khair Ngadiron memberitahu Astro Awani Pyanhabib meninggal dunia kira-kira 9.30 malam tadi.
“Allahyarham disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 930 malam tadi. Ketika ini jenazah sedang diuruskan di rumahnya.
“Saya kini dalam perjalanan ke balai polis untuk melaporkan kematian,” katanya.
Selain aktif dalam penulisan syair dan sajak, Pyanhabib juga pernah muncul dalam beberapa filam antaranya Kembara Seniman Jalanan, Tsu Feh Sofiah, Rozana Cinta 87, Tak Kisahlah Beb, Mat Som, Rock Oo!, Apokalips X dan Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium.
Pyanhabib pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Tsu Feh Sofiah di Festival Filem Malaysia ketujuh, tetapi beliau bertindak memulangkan kembali trofi itu. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.