`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 31, 2024

Akta perlindungan data peribadi dipinda kerana kepesatan teknologi, kata Gobind

 

GOBIND SINGH DEO
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata kepesatan teknologi yang memerlukan masyarakat seiring menggunakan platform digital untuk tujuan perniagaan, namun pada masa sama mengharapkan perlindungan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR
Pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dilaksanakan kerana kepesatan teknologi yang memerlukan masyarakat seiring menggunakan platform digital untuk tujuan perniagaan, namun pada masa sama mengharapkan perlindungan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Beliau berkata kerajaan perlu memperhalusi dan meneliti risiko akibat penggunaan platform digital agar data peribadi pengguna tidak disalah guna, meskipun sedar era digital sememangnya membawa banyak peluang khususnya ekonomi.

Gobind berkata pada tahun lepas, sebanyak 23% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disumbangkan sektor ekonomi digital dan angka itu dijangka meningkat kepada 25.5% pada 2025.

Beliau berkata dalam aspek pelaburan yang diluluskan pula, ekonomi digital mencatatkan RM330 bilion pada tahun lepas, berbanding RM268 bilion pada tahun sebelumnya.

“Ini impak sebenarnya apa yang kita sebut sebagai ekonomi digital, ia mendatangkan manfaat yang cukup besar. Tetapi dalam masa yang sama saya mengaku bahawa sama-sama dengan peluang tersebut juga ada risikonya.

Jadi dalam keadaan tersebut kerajaan perlu lihat kepada teknologi baharu dan kita memperuntukkan undang-undang untuk melindungi mereka yang menggunakan platform digital. Satu caranya adalah untuk kita menggubal undang-undang begini, yang kita mengambil langkah-langkah untuk melindungi data peribadi,
 katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 di Dewan Negara.

RUU yang antaranya bertujuan menaikkan kadar denda daripada RM300,000 kepada RM1 juta bagi kesalahan dilakukan pengawal data atau pemprosesan data yang melanggar prinsip perlindungan data peribadi itu, diluluskan dengan lebih suara bersetuju setelah dibahaskan 21 Senator.

Terdahulu, ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua, Gobind berkata RUU berkenaan tidak melibatkan sebarang pindaan yang melibatkan pemakaian akta yang sama terhadap kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Beliau berkata ini kerana buat masa ini, terdapat akta dan peraturan lain yang mengawal selia pegawai-pegawai awam iaitu Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, sekiranya pegawai awam disabitkan dengan isu ketirisan semasa mengendalikan data.

Gobind berkata pihaknya melalui Jabatan Digital Negara (JDN) juga sedang membangunkan satu akta baharu mengenai perkongsian data dalam sektor awam, yang dijangka akan dibentangkan seawal-awalnya pada sesi akan datang.

Elemen kawal selia perlindungan data peribadi turut dikaji dan diambil kira di dalam akta baharu ini,
 katanya.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.