KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana meragut beg silang mengandungi wang tunai RM6 milik seorang wanita.
Hakim Izralizam Sanusi menjatuhi hukuman itu selepas S Emaiyarrasan, 33, mengaku melakukan perbuatan tersebut ke atas Heng Le Xien, 25, di tepi Jalan Kangsar, Taman Rainbow pada 10.30 pagi, 12 Julai lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 12 Julai lepas.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian mangsa yang sedang menunggu bas didekati tertuduh yang menunggang motosikal sebelum meragut beg silang wanita itu.
Tertuduh kemudian ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada polis.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Izralizam berkata mahkamah memandang serius kesalahan jenayah rompak atau ragut yang semakin berleluasa di ibu kota.
katanya.Oleh itu, hukuman berat harus dikenakan kepada kamu sebagai isyarat untuk memberi pengajaran dan ketakutan kepada masyarakat agar tidak melakukan kesalahan sama,
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh namun Emaiyarrasan, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan atas alasan dia terpaksa menanggung keluarga dan isterinya sedang mengandung.
katanya. - FMTSaya minta maaf atas kesalahan yang saya buat. Saya buat demikian kerana tidak menerima gaji selama lima hingga enam hari dan tak ada apa untuk bagi makan isteri,
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.