`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 17, 2024

Naik duti eksais gula kekang kencing manis, kerajaan diberitahu

 

Free Malaysia Today
Ahli Parlimen Jimmy Puah percaya menaikkan kadar duti eksais minuman bergula akan membantu rakyat menikmati hidup lebih sihat. (Gambar fail)

KUALA LUMPUR
Seorang Ahli Parlimen kerajaan mencadangkan pemerintah pertimbang menaikkan kadar duti eksais minuman bergula daripada 50 sen kepada RM1 seliter.

Jimmy Puah (PH-Tebrau) berkata, langkah itu dijangka dapat membantu rakyat menikmati hidup lebih sihat, memandangkan seorang daripada setiap lima rakyat menghidap diabetes.

“Saya harap menteri kewangan tengok semula duti eksais kita kenakan terhadap gula di mana sekarang kita kenakan 50 sen setiap seliter. Bagi saya tidak sesuai sekarang.

Setiap lima orang di Malaysia ada satu yang menghidap diabetes. Sedihnya separuh daripada mereka tidak tahu mereka menghidap diabetes. Kita kena kurangkan penggunaan gula,
 katanya ketika berucap dalam perbahasan Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat.

Pua berkata, dengan kenaikan RM1 bagi setiap liter, Malaysia akan mematuhi piawaian antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Saya harap rakyat boleh hidup sihat,
 katanya.

Kadar duti eksais gula sebelum ini ditetapkan pada kadar 40 sen untuk setiap liter, dan dinaikkan sebanyak 10 sen dalam pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim tahun lalu.

Hasil kutipan duti eksais itu katanya akan digunakan semula untuk menangani dan merawat penyakit kencing manis termasuk sokongan kepada pusat dialisis. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.