`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 10, 2024

Guna kad tunai buat sementara, menteri beritahu syarikat minyak

 

diesel
Pemilik kenderaan logistik yang mendapat kad fleet di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) boleh membeli diesel lebih murah berbanding harga runcit.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meminta syarikat minyak memperluaskan penggunaan ‘kad tunai’ kepada pemilik kenderaan logistik yang masih belum menerima kad fleet di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Mengakui berlaku kelewatan dalam pengeluaran kad subsidi itu, menterinya, Armizan Mohd Ali berkata pihaknya kini meneruskan libat urus dengan lima syarikat minyak yang terlibat supaya proses berkenaan dapat disegerakan.

“Sememangnya di peringkat kelulusan sistem MySubsidi Diesel di KPDN tidak ada masalah.. kita boleh luluskan serta-merta sekiranya dokumen lengkap kerana sistem kita telah diintegrasi dengan (sistem) JPJ.

“Namun saya akui ada masalah dari segi kelewatan pengeluaran kad fleet dan kita teruskan engagement dengan syarikat minyak supaya lebih cepat (kad fleet) dikeluarkan,” katanya di Dewan Rakyat.

armizan
Armizan Mohd Ali.

Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pada sesi pertanyaan menteri-menteri yang membangkitkan ramai pemohon kad fleet masih tidak menerimanya walaupun sudah lulus sejak Mac lalu.

Kad tunai subsidi diesel disediakan oleh syarikat minyak tempatan untuk syarikat pengangkutan yang layak menerima subsidi diesel di bawah program SKDS. Pemegang kad berkenaan hanya perlu membayar jumlah bersih harga diesel selepas penolakan subsidi oleh kerajaan.

Bulan lalu, Armizan berkata syarikat pengangkutan awam dan barangan yang telah memperoleh kelulusan SKDS tetapi belum menerima kad fleet daripada syarikat minyak dikehendaki menyimpan resit pembelian diesel dan boleh menuntut pembayaran balik bermula 1 Jul lalu.

Harga baharu diesel ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter di semua stesen minyak Semenanjung Malaysia mulai 10 Jun lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.