`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 2, 2024

Mangsa banjir dipindah ke PPS Sabah meningkat

 

Free Malaysia Today
Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menyantuni mangsa banjir di PPS Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang, semalam. Setakat 8 pagi ini, mangsa di PPS itu meningkat kepada 279 orang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 464 orang setakat 8 pagi tadi, berbanding 450 mangsa pada 4 pagi.

Jumlah itu membabitkan mangsa di empat PPS setakat ini, iaitu di Penampang, Putatan, Tuaran dan daerah kecil Tamparuli, lapor Berita Harian.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melaporkan, peningkatan itu membabitkan mangsa yang dipindahkan ke PPS Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang yang bertambah kepada 279 mangsa, daripada 261 orang pada Subuh tadi.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di PPS Dewan Sri Putatan menurun kepada 138 pada 8 pagi ini, berbanding 142 mangsa pada 4 pagi.

Di Tuaran, mangsa yang dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Tutu Selupoh kekal 29 orang daripada lapan keluarga sejak petang semalam.

Jumlah mangsa di PPS Balai Raya Kampung Bontoi, Tamparuli, juga kekal 18 orang daripada lima keluarga.

Beberapa daerah di Pantai Barat Sabah, termasuk sekitar ibu negeri, dilanda banjir sejak petang Ahad akibat hujan lebat lebih lima jam, menyebabkan air beberapa sungai melimpah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.