`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 2, 2024

Wan Fayhsal pertahan kenyataan berkait peruntukan

 

Wan Ahmad Fayhsal
Ahli Parlimen Wan Ahmad Fayhsal dilapor mengatakan peruntukan kepadanya dilencongkan buat parti politik menyokong kerajaan.

PETALING JAYA: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan Ahli Parlimen Perikatan Nasional di Kelantan tidak diberi peruntukan, walaupun laporan polis dibuat berhubung kenyataan beliau.

Ahli Parlimen Machang itu berkata Ahli Parlimen pembangkang tidak diberi peruntukan kerana mereka pihak pembangkang.

“Saya tak tahu mengapa mereka mahu polis siasat saya,” katanya kepada FMT. “Mengapa mereka begitu terganggu dengan pendedahan saya?”

Terdahulu, wakil Umno, Amanah dan PKR, serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Parlimen Machang membuat laporan polis terhadap pemimpin Bersatu itu.

Laporan tersebut berhubung kenyataannya semalam, yang menurut media mengatakan peruntukan kepadanya dilencongkan buat parti politik menyokong kerajaan.

Naib Ketua Umno Machang, Mohd Fakaaruddin Ismail, menganggap dakwaan itu fitnah dan mempunyai pandangan serong terhadap parti kerajaan.

Kira-kira 100 penyokong kerajaan berhimpun di IPD Machang, sebagai tanda bantahan terhadap Wan Fayhsal. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.