`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, July 12, 2024

Wan Fayhsal seru protes jalanan bantah kekal 6 Ahli Parlimen

 

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata Pakatan Harapan, terutama sekali PKR bimbang dengan momentum rakyat yang semakin membesar.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu menyeru protes jalanan bagi membantah keputusan speaker Dewan Rakyat tidak mengosongkan kerusi bekas enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong kerajaan.

Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal juga berkata Pakatan Harapan (PH) terutama sekali PKR takut kalah sekiranya pilihan raya diadakan di enam kerusi berkenaan kerana momentum rakyat semakin besar.

“Mereka akan buat apa sahaja untuk menghalang PRK demi mempertahankan kuasa di Putrajaya,” katanya dalam satu video di Facebook.

Wan Fayhsal juga mendakwa keputusan Johari Abdul itu dibuat berdasarkan pertimbangan politik dan bukannya mengikut undang-undang.

“Mohon rakyat bangkit lawan petualang-petualang ini di dalam Dewan Rakyat dan jalanan. Kita perlu protes, kita perlu selamatkan demokrasi, kalau tidak politik kita hancur, negara kita hancur,” katanya.

Selasa lalu, Johari memutuskan enam Ahli Parlimen terbabit tidak perlu mengosongkan kerusi mereka berdasarkan Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan yang dibuat untuk memastikan kestabilan politik.

Penyandang kerusi Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Johari menjelaskan Fasal 10.5 Perlembagaan Bersatu bertentangan dan menafikan hak Zahari, Azizi, Syed Hussin, Iskandar Dzulkarnain serta Dzulkafperi yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Berhubung status Suhaili, Johari menjelaskan beliau tidak mahu merosakkan kepentingan pihak berkaitan dalam kes saman wakil rakyat itu ke atas Bersatu yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan keputusannya di bawah Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 20 Jun lalu, Ketua Whip Bersatu Ronald Kiandee menyerahkan notis kekosongan kerusi enam Ahli Parlimennya yang terhenti keahlian serta-merta kepada pejabat speaker Dewan Rakyat.

Azizi, Zahari, Syed Hussin, Zulkafperi dan Iskandar terlucut keahlian kerana gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia, selain terus menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Keahlian Suhaili pula terhenti kerana memfailkan saman ke atas Bersatu pada 19 Dis tahun lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.