`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Thursday, November 5, 2026

Tealive lancar teh soda prebiotik sedia diminum pertama di Malaysia

 Sparkling Prebiotic Tea Soda menawarkan empat perisa berasaskan teh dan buah-buahan, sebagai sebahagian usaha Tealive mengembangkan pasarannya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali merasmikan Sparkling Prebiotic Tea Soda yang dikeluarkan Tealive. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Tealive melancarkan Sparkling Prebiotic Tea Soda, rangkaian teh soda prebiotik dalam tin yang menurut syarikat itu pertama di Malaysia dalam format sedia diminum (RTD)

Pelancaran itu menandakan langkah Tealive memperluas perniagaannya daripada minuman yang disediakan mengikut pesanan di kedai kepada pasaran RTD.

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali, yang menyambut baik usaha jenama tempatan memperkenalkan produk baharu serta meneroka peluang pasaran di peringkat serantau dan antarabangsa.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo, berkata pengenalan produk itu selaras dengan perubahan cita rasa pengguna yang mahukan lebih banyak pilihan minuman berasaskan teh.

“Teh sentiasa menjadi sebahagian daripada identiti Tealive, namun cara pengguna menikmatinya terus berkembang.

“Tealive Sparkling membolehkan kami memperkenalkan cara baharu menikmati teh yang digemari ramai dengan tambahan kesegaran dan karbonasi,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Loo, syarikat itu mahu meneroka potensi teh dalam kategori minuman berbeza, bukan sekadar menghasilkan satu lagi produk berkarbonat.

“Matlamat kami bukan sekadar menghasilkan satu lagi minuman berkarbonat. Kami sebaliknya mahu melihat sejauh mana teh boleh diterokai dan dinikmati dalam bentuk yang berbeza,” katanya.

Tealive Sparkling menggabungkan teh yang dibru sejuk, jus buah sebenar dan karbonasi ringan, selain mengandungi prebiotik serta tidak menggunakan pewarna tiruan.

Rangkaian itu menawarkan empat perisa, iaitu Passion Fruit Pineapple Tea, Lychee Oolong Tea, White Peach White Tea dan Apple Lemon Oolong Tea.

Produk berkenaan kini boleh didapati di cawangan terpilih 7-Eleven, Econsave, Jaya Grocer, Village Grocer, Petron, BilaBila Mart dan The Food Merchant, selain platform e-dagang Tealive. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.