FRIDAY, JANUARY 11
TERHOT: Bangsa Ameno wajib baca dan tonton neh... [Video Ust Azhar]
Bila Kristian mahupun agama-agama yang lain mahu kalimah Allah digunakan bagi agama mereka, maka akan terbuka ruang perdebatan antara Kristian dan agama-agama yang lain dengan Islam.
Fenomena ini telah pun berlaku di negara-negara barat. Perdebatan secara aman dan sihat akhirnya menyebabkan orang Kristian ramai memeluk ajaran Islam di tangan Dr Zakir Naik dan Almarhum Ahmad Dedaat...
Islam terbukti bernas mengemukakan hujahnya. Walaupun Islam menang mengemukan hujahnya bukanlah berarti Islam menghina serta memburukkan agama yang lain. Ini adalah kerana hujah yang dibentangkan tidak memaksa seseorang untuk memeluk ajaran Islam.
Bahkan jika mereka mahu kekal dengan agama masing-masing pun tidak menjadi apa-apa masalah kepada Islam. Bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami...
Semua ini perlu kepada penjelasan dan hujah. Bukan diperbahaskan di kalangan orang awam yang jahil...
Namun perlu diingat, perdebatan yang sihat tidak akan berlaku di zaman UMNO/BN masih memerintah. Dalam apa hal keadaan pun, UMNO/BN perlu dijatuhkan dulu, baru boleh debat kalimah Allah ni secara sihat dan aman dapat dilaksanakan... Dan Islam dinobatkan ditempat yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.