`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 30, 2013

Kisah di antara AMIL & JAMIL - Hukuman antara dua darjat..!!!


Gambar di sebelah kanan itu merupakan seorang bapa (nama Redzuan Mohd. Said, umur 28 tahun) kepada dua orang anak. Dahulunya bekerja dengan tanggungjawab yang mulia iaitu seorang iman Masjid di Kulaijaya, Johor. Tapi sayang entah “apa silapnya” sehinggakan sanggup seleweng duit zakat. Akhirnya tertangkap….

Bicara punya bicara, mahkamah majisteret akhirnya menjatuhkan hukuman :
  • 4 tahun penjara
  • 3 sebatan
Kes amil ini direman bermula disebabkan :
  • Dilantik oleh Majlis Agama untuk mengutip zakat telah ‘gagal’ memulangkan wang zakat yang dikutip
  • Beliau telah melarikan wang kutipan zakat tersebut
  • Ini satu jenayah. Justeru, beliau direman
  • Akhirnya dijatuhkan hukuman oleh mahkamah

Semoga jadi pengajaran buat semua. Lain kali, jangan sesekali menyalahgunakan duit zakat. Masih ramai lagi yang belum dapat bantuan & lebih memerlukannya. Kadang-kadang nak mohon bantuan zakat cukup sukar lagi. Jadi, yang salah tetap salah, tidak kira orang atas ataupun orang bawah yang buat. Salah tetap salah. Tidak boleh diselindung-selindung lagi. Jadi, kes untuk rakyat biasa telahpun selesai. 

Apabila kami membaca laporan kesalahan & hukuman yang dikenakan terhadap bekas imam ini, kebetulan pula kami ada keluarkan satu lagi kes rakyat Malaysia, kali ini melibatkan bertaraf menteri yang mana perbuatannya “lebih kurang sama sahaja bunyinya” dengan kes bekas imam di Kulaijaya, Johor ini. Pinjam, seleweng, salahguna duit zakat untuk tujuan menampung kos guaman kes Qazaf melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi yang peliknya masih lagi tiada tindakan yang selanjutnya daripada pihak yang berkuasa? Samada nak jatuhkan hukuman itu perkara nombor dua. Adakah situasinya masih lagi berbeza selepas disahkan sendiri oleh Laporan Ketua Audit Negara?

Adakah nasib amil tadi akan berubah jika beliau terus buat bayaran semula duit zakat yang telah beliau gunakan itu? Apa pendapat anda? - kedahlanie

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.