`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Tuesday, April 30, 2013

PANAS! Bukti Terbaru BN Terdesak Pertahan Putrajaya Terbongkar!



Tak cukup dengan BEKAS perdana menteri dan BEKAS timbalan perdana menteri, seorang lagi tokoh besar Umno pun turut tumpang semangkuk, membayangkan bahawa Barisan Nasional (BN) cukup terdesak untuk mempertahankan Putrajaya.

Terbaru, Daim Zainuddin menyelar Pakatan Rakyat sebagai “pakatan keliru” dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah “penipu besar” malam tadi, selepas bekas menteri kewangan itu menjadi veteran BN terbaru berkempen di Putrajaya.

Daim berkempen untuk calon BN di Putrajaya itu tiga hari selepas Mahathir Mohamad melakukan perkara serupa. 

BN juga menggunakan bekas timbalan perdana menteri, Musa Hitam untuk berkempen menjelang pilihan raya yang dikatakan paling sengit dalam sejarah.

“Bila nak pilih kerajaan mesti pilih yang baik, bukan yang nak menjahanamkan ... Keliru tak habis-habis, kerana mereka yang keliru. Jangan percaya yang keliru ni, nanti kelak merana,” kata Daim di sini merujuk kepada Pakatan Rakyat.

Beliau menuduh Anwar sebagai tidak kompeten semasa menjadi menteri kewangan pada awal 90an, mengatakan Anwar terpaksa merujuk kepadanya hampir setiap hari tentang bagaimana untuk menguruskan kementerian tersebut.

Daim merupakan menteri kewangan dari 1984 hingga 1991 dan Anwar mengambil alih selepas itu. Beliau kembali ke jawatan tersebut pada 1999 selepas kononnya membantu Malaysia menghadapi krisis kewangan Asia pada 1997.

Beliau mengatakan Anwar menipu dan menggunakan namanya untuk mendapatkan sokongan ketika mahu merebut jawatan timbalan presiden Umno yang melayakkan beliau untuk menjadi timbalan perdana menteri.

Bercakap kepada hadirin yang kebanyakkannya ahli dan pekerja parti, Daim menggesa penyokong BN di Putrajaya untuk bersatu dalam pilihan raya 5 Mei dan mengundi Adnan untuk mengalahkan calon PAS, Husam Musa untuk kerusi Parlimen itu.

“Yang boleh menyelesaikan masalah ni cuma Adnan je, dia setiausaha agung Umno ... Presiden Umno pula ialah perdana menteri,” katanya.

Daim membuktikan dirinya masih popular apabila ratusan hadirin di Presint 8 di pusat oentadbiran kerajaan persekutuan itu mengejutkannya dengan lagu “Selamat Hari Jadi” awal malam tadi.

Hadirin walau bagaimanapun, sangat kurang daripada ketika Mahathir memberikan ucapan di Presint 9 minggu lepas. 

Lebih kurang 15,000 pengundi, kebanyakkannya penjawat awam akan mengundi di Putrajaya yang di lihat sebagai kubu kuat kerajaan.

Sehari sebelum itu pada Ahad, Daim muncul dalam muka depan akhbar harian berbahasa Melayu kawalan rejim Umno, Mingguan Malaysia, di mana beliau menjangkakan kekalahan Pakatan Rakyat.

“Saya melihat pembangkang tidak akan menang kali ini kerana mereka ada banyak perbeaan. Dalam banyak hal mereka gagal berpakat.

“Kita lihat bukan sahaja soal pembahagian kerusi dan calon, ini termasuk perbezaan antara prinsip perjuangan,” kata beliau kepada akhbar itu. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.