`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, March 27, 2014

Bahaman, Muhammad Kilau dan Khatib Rasu Abdussalam- Penjajaran dari Pemberontakan Pahang.



Mengenai The Pahang Rebellion, akhbar Inggeris melapurkan.

LONDON, Sunday. 9 May 1892.
The rebellious Malays ia the British protectorate of Pahang are growing bolder, and are now assuming a men- acing attitude. They have killed several Chinese, and attacked an escort of Sikhs and police, and the coolies are deserting the- mines through fear of them. Public opinion in Singapore condemns the Governor of the Straits settlements for having refused to em- ploy -thermilitary and naval forces in subduing the rebellion.

Dan dari kaca rasmi Inggeris:-
The Pahang Rising of 1891-1895

In 1887, Pahang’s ruler, Sultan Ahmad, received a British agent, Hugh Clifford. However, the arrangement was not satisfactory to the Malays due to British pressure to relinquish hereditary rights. The Pahang chiefs resented the interference of Clifford and their resulting loss of power and income. In 1891, a local tribal chief, Dato’ Bahaman, openly revolted against the British. This rebellion became known as the Pahang War, and was fought as a guerrilla war. It culminated in 1892, when a general amnesty was issued. Most of the rebels surrendered while others fled to Terengganu. In 1895, a force led by Clifford finally rounded up the remnants.


3 tokoh yang disebut diatas adalah tokoh utama dalam pemberontakan Pahang.  Ianya berlaku antara tahun 1891 hinga 1895 ketika pemerintahan Bendahara Wan Ahmad yang menjadi Sultan Pahang yang pertama. Pemberontakan mereka kepada siapa? Ianya diarahkan pada penjajah British yang mahu menakluk negeri Pahang. Ia juga disasarkan kepada golongan parasite istana yang menyokong agenda British.

Keganasan dan perang yang diperlakukan keatas 3 tokoh ini dan pengikut mereka adalah episode hitam dalam sejarah Pahang. Bangsa Melayu yang mahu kuasa dengan cara mudah membelot bangsa sendiri untuk hidup senang. Penentang agenda penjajahan diburu, dibunuh dan dizalimi.

Pihak apologist  Inggeris akan senentiasa menulis bahawa negeri2 Maleyu dalam keadaan huru hara, sentiasa berperang dan tidak aman. Penceritaan keadaan yang demikian, memberi British justifikasi untuk menakluk negeri2 Melayu atas alasan mahu melindungi kepentingan bisness mereka. Kebenaran nya ialah British menakluk dan meng-impose system pentadbiran ialah untuk menjadikan tanah Melayu jajahan mutak.

Dan British tidak bodoh; dengan pengalaman buruk penjajahan di India dan Burma, mereka mengadaptasi penjajahan mereka dengan memasukkan elemen penting dalam budaya orang Melayu iaitu taat dan setia kepada raja mereka. Maka jika raja2 Melayu menjadi sebahagian dari struktur penaklukan mereka, mudahlah British menakluk kesemua orang Melayu. Dengan menjadikan raja2 Melyu sebahagian dari struktur kuasa British, maka apa pun tentangan yang diarahkan keada British sebetulnya, akan dilabel sebagai durhaka kepada raja2 Melayu. Dan raja2 Melayu berada dalam keadaan terlalu lemah atau pun sudah dibentuk untuk seiringan dengan penjajah.

Walau pun pengkisahan 3 tokoh diatas bersangkut secara lansung dengan Pahang, tapi apa yang terjadi kepada mereka harap2nya dapat memberi pengajaran kepada bangsa Melayu seluruhnya.
·     
Hendaklah sebahagian orang Melayu senentiasa mengingatkan raja2 Melayu jangan jadi sebagahian dari golongan yang menindas.
·        
Hendaklah sebahagian orang Melayu melawan sebahagian orang Melayu dan kawan2 mereka yang memperkudakan sesuatu insitusi yang boleh ditaati oleh orang Melayu.
·        
Hendaklah orang Melayu keseluruhan nya jangan mempercayai sebahagian melayu yang tidak ada keperibadian yang dibentuk oleh perjuangan.
·        
Pemimpin Melayu yang terbaik ialah mereka yang melalui proses penderitaan.

Berapa ramai kah anak Pahang yang menyedari bahawa sampai ke hari ini, Mat Kilau, Khatib Rasu dan Bahaman masih mempunyai status penderhaka? Mereka tidak menerima pengampunan umum yang ditawarkan oleh British kerana meyakini bahawa mereka tidak melakukan apa2 kesalahan melainkan mempertahankan bumi mereka dijajah oleh Inggeris. Menerima interpretasi British bahawa mereka ini memberontak kerana tidak dapat kutip cukai adalah pengkisahan yang mempersenda intelligence orang Melayu. Ketika itu kesetiaan mereka adalah kepada system pemeritahan zaman itu –yakni kepada system pemerintahan orang Melayu.

Bahaman, mat kilau dan tok gajah tidak memberontak terhadap raja Melayu dan system raja Melayu. Jadi apa yang mereka durhakakan? Mereka menentang agenda British yang mahu menggantikan system pemerintahan Melayu ketika itu dengan system British. Kenapa jika British melaksanakan system pentadbiran dan kaut kekayaan negeri  ianya adalah suatu yang bagus, tapi system yang serupa dibawah pemerintaan Melayu tidak bagus? Penindasan oleh bangsa lain baik, tapi penindasan oleh bangsa sendiri tidak baik? Oleh yang demikian, baik kita hidup bawah penindasan bangsa lain?

Nasionalisme dan jiwa kebangsaan ertinya mempertahankan system tempatan ketika itu. Sistem yang ada tidak semesti beku dan tidak siapa yang tahu, tanpa imposisi  system penjajah British, bagaimana sistem tempatan akan evolve. Mana kita tahu system tempatan tidak boleh berkembang dan diperbaiki. Berfikiran demikian hanya membuat andaian bahawa pemikiran penjajah mengenai pentadbiran adalah sentiasa superior dari pemikiran anak watan.

Sayang sekali yang menzalimi dan menganiayai mereka ialah system yang mereka pertahankan apabila system dan pendukung2 nya merasakan bersubahat dengan British lebih menguntungkan. System itu dan para pendukung system itulah yang belot kepada Bahaman, mat kilau dan Tok Gajah Imam Rasu.

Hukum zaman dahulu iaitu hukum zaman kuasa feudal ialah apabila seorang anggota keluarga diistihar sebagai durhaka, semua keluarga- adik beradik, saudara terdekat habis dimusnah sekali.

Lihat sahaja apa yang terjadi kepada keluarga Tok Gajah atau Khatib Rasu Abdussalam- adik beradiknya semua musnah. Ranting Mas dan suami di tembak mati oleh orang suruhan puak istana, (tidak semesti raja tapi tokoh2 belakang tabir yang konon nya mengukuhkan kepentingan feudal); Khatib Haji Muhamad Amin( ayah kepada moyang saya sendiri) mati dalam pelarian di Lebir Kelantan; Hajjah Maimunah dan Khatib Muhamad Arif( kakak dan adik Tok Gajah) pun mati dalam buangan dan sentiasa dirundung kecemasan mental. Oleh kerana seoang anggota keluarga dicap sebagai durhaka, semua yang lain diburu dan dizalimi. Itu undang2 feudal.

Mana dia anak cucu Bahaman? Bahaman yang membesar dan menjaga Bendahara Wan Ahmad? Ketika Bendahara Ali mahu meninggal dunia, Wan Ahmad dan Bahaman dipanggil bertemu dan diberi wasiat oleh Bendahara Ali sebagai penganti nya dan Bahaman disuruh berjanji menjaga Ahmad?  Anak cucu Bahaman hilang dalam ingatan dan jauh dari penghargaan.

Soalannya. Mengapa harus anak cucu Bahaman, Imam Rasu dan Mat Kilau mahu mendukung system yang didukung oleh anak cucu kumpulan yang menganiayai tok moyang mereka?

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.