`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Thursday, March 27, 2014

MAHKAMAH RAYUAN ARAHKAN PAPA GOMO @ WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS BAYAR RM300,000 DAN KOS RM15,000 KEPADA SEORANG AHLI PERNIAGAAN YANG DIFITNAH BELIAU.



Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM500,000 kepada RM300,000 untuk dibayar Wan Muhammad Azri Wan Deris kepada seorang ahli perniagaan berhubung artikel berunsur fitnah yang dimuatkan dalam blognya dikenali sebagai Papagomo.
 
Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mempengerusikan panel tiga hakim membenarkan sebahagian daripada rayuan Wan Muhammad Azri mengenai jumlah ganti rugi tetapi menolak rayuannya tentang liabiliti.
 
Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dengan sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Wan Muhammad Azri disabitkan memfitnah Abdul Razak Mohd Noor.
 
Pada 13 September tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur mengenal pasti   Wan Muhammad Azri sebagai blogger Papagomo dan memerintahkan dia (Papagomo) membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am dan RM300,000 sebagai ganti rugi teladan kepada Abdul Razak.
 
Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Papagomo membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am kepada Abdul Razak tetapi mengurangkan jumlah ganti rugi teladan kepada RM100,000.

Hakim Ariff juga memerintahkan Wan Muhammad Azri, 31, membayar RM15,000 sebagai kos perundangan kepada Abdul Razak.
 
Abdul Razak, 60, menyaman Wan Muhammad Azri, menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi berhubung artikel berunsur fitnah dimuatkan dalam blognya pada 11 Disember, yang secara tersirat membawa maksud beliau (Abdul Razak) seorang penipu yang memperoleh jutaan ringgit melalui kontrak pada Sukan Komanwel.
 
Wan Muhammad Azri diwakili oleh peguam Mohd Arief Emran Arifin dan Wan Muhammad Amin Wan Yahya sementara Abdul Razak diwakili peguam Reuben Netto.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.