`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, March 28, 2014

Najib's Religious Police Arrest 81 Year Old Writer : Malaysia's Moderate Islam Down The Tubes

This post is taken off from Tan Sri Zainuddin Maidin's Blog Zamkata. You can read his full post 
TINDAKAN PENGECUT JAWI DAN JAKIM TERHADAP KASSIM AHMAD.

I have also reproduced Zam's post below.  However what attracted my attention was the comments to Zam's strong criticism of the arrest of Kassim Ahmad. I would first of all like to reproduce some of those comments from Zamkata Blog and add some comments of my own - in blue.
 
1.  Nawawi.27 March 2014 13:07  :   Berbanding dengan semasa Kassim ditangkap kerana simpatinya kepada perjuangan komunis, dia tidak dapat sokongan ramai tetapi kali ini nampaknya ramai tanpa takut tampil kehadapan untuk mempertahankannya.  Ini adalah suatu perbuatan JAWI dan JAKIM untuk merosakan imej kesederhanaan Islam Datuk Seri Najib. Singkirkan menteri agamanya.

My comments : Saya setuju.  Paling ramai sekali orang Malaysia tidak setuju Kassim dibuli oleh puak pelampau Taliban yang menyamar sebagai lebai jabatan agama. Selain itu image Najib Tun Razak sebagai moderate Muslim leader pun sekarang sudah di tong sampahkan. 

After the most recent anti Shiah fiasco this arrest of Kassim Ahmad, an 81 year old writer, proves to the world for the second time that when it comes to religion all Muslim leaders are the same. They dont mean what they say.  Cakap tak serupa bikin. They engage in double talk. Arresting an 81 year old intellectual and writer for writing a book or for presenting an academic paper at an intellectual forum is NOT moderate. Can someone please wake up the Prime Minister? 

2. Anonymous27 March 2014 10:30  :   mat sabu bagaimana pula.....? bukti gred A dah ada apa tunggu lagi? jangan menunjukkan anda seperti tin kosong....sebelum pau cakap berapi mengalahkan sukarno...sekarang? ini punca orang benci dengan umno.....

My comments : Someone better wake up Perdana Menteri Najib Tun Razak. I have feedback from people - all across the board - everyone is against this really stupid action by the religious police. Fingers are pointing. The same two culprits are being identified. The Prime Minister DID NOT know that Kassim Ahmad was being arrested. 

Dan orang akan benci UMNO lagi. Lepas itu pengundi yang marah akan undi Anwar Ibrahim dan pembangkang. Apakah kemungkinan ini adalah satu tindakan sabotaj yang teratur untuk jatuhkan BN dan UMNO?

3. JAZLAN27 March 2014 09:15 :   KITA INGIN MENDENGAR PANDANGAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA KHAIRY JAMALUDDIN TERHADAP TINDAKAN YANG TIDAK BERPERI KEMANUSIAAN INI DAN TIDAK MENIMBANGKAN KESAN KEPADA IMEJ POLITIK DAN SOSIAL NEGARA INI. 
My comments : Yes we would like to hear from Khairy Jamaluddin. He spoke up vigilantly against those two bomohs. How about speaking up for Kassim Ahmad? Ini bukan teguran tapi rayuan untuk membantu orang yang dizalimi.

4. Pendeta Ugama Adalah Pembohong  27 March 2014 09:19  :  Gelagat-gelagat pelampau agama yang menokok tambah ajaran adalah sama dengan rabbi-rabbi Yahudi yang menokok tambah ajaran Taurat dengan Talmud. Sebab itulah hari demi hari ajaran Islam sekarang semakin merepek dan tidak masuk akal. Dan ulama-ulama kita tidak ada fungsi dalam kemajuan negara melainkan menyusahkan umat Islam dengan undang-undang rekaan mereka.

My comments :  Sebab itulah hari demi hari mereka semakin merepek dan tidak masuk akal. Dan mereka dengan begitu bangga sekali berkata : "Kami tidak menggunakan akal dalam semua perkara". 
 
5. Anonymous27 March 2014 11:34 :    Kewujudan JAWI itu sendiri merupakan kelas padri agama yg tidak lebih sebagai penyedia peluang kerja dan cari makan kpd golongan lulusan agama. mereka ini melantik diri dan mendabik dada sebagai ulama, namun Quran Fatir 27-28 menyatakan bahawa ulama adalah golongan saintis dan teknokrat dan bukannya lebai malang seperti JAWI dan PAS. Bila ummah tertipu bahawa lebai malang adalah ulama dan saintis/teknokrat bukan ulama, maka umat Islam akan terus mundurdan tidak berupaya menghasilkan teknologi untuk bersaing dalam semua bidang.

My comments : Tambah lagi Dr Kassim Ahmad seorang ahli fikir, penulis dan pengkaji Al Quran. Beliau merupakan anak Melayu yang terulung menjadi pensyarah di School of Oriental and African Studies di London University pada tahun 1960an. Seorang manusia yang terpelajar.  Tonto yang datang untuk menahan beliau rupa mereka seperti tidak mandi pagi dan tidak tahu sikat rambut. 

6. kampong lad 27 March 2014 12:24 :  pengecut ertinya 'berani terhadap kawan & takut kepada musuh' dari hassan bin ali bin abi tholib.

My comments : Mungkin sebab itu mereka tidak berani tangkap Mat Sabu, walaupun ada bukti Gred A.
 
7. Anonymous27 March 2014 12:30  :     Salam Tan Sri,  Hal ini menonjolkan dengan jelas quality kepimpinan Khir Baharom & Co. di JPM - tak ada kerja / isu lain selain hal remeh-temeh yang tidak meninggkatkan martabat Umat Islam di negara ini - pengharaman Shiah (wal hal Shiah telah diakui oleh OIC sebagai salah satu sects/mazhab yang diiktiraf; ajaran sesat tu satu hal lain lah, kita yang mazhab Shafie ni pun tak habis2 dengan ajaran ayah Pin, Tuhan Harun, dll., begitu jugalah Shiah tidak terkecuali dengan ajaran2 sesat) yang menyebabkan pergeseran sesama umat Islam tak tentu pasal, dan sekarang hal Kassim Ahmad... seolah2 tak ada ke hal lain yang lebih mendesak untuk Khir Bahrom tangani, contoh - pembuangan bayi dan penyalahgunaan dadah dikalangan remaja Islam, sumbang mahram, kelemahan pelajar2 Islam dalam bidang sains & teknoloji, penerapan fahaman Al Quran dikalangan umat berbanding dengan hanya nyanian dan alunan muzakarah Quran, konsert nashid, dll.? Jangan lah ashik ikut telunjuk pak Arab Saudi wahabi... dengan harapan nak dapat lebih kuota haji... Apa hal nya dengan menteri kita?   Dhahran Sea 
My comments : The short answer is the Minister has no other work to do.

8.  SolitaireHunter27 March 2014 12:52  :   Macam mana dengan bukti Syiah Gred A Mat Sabu, bila JAWI nak hantar UTKnya.. 

My comments : Good point SolitaireHunter

9.  Anonymous27 March 2014 15:09  :   Mengapa seorang intelektual seperti Kassim Ahmad di tahan kerana memberi pendapatnya hasil daripada kajian ilmiah? Sebaik-baiknya, sebagai orang Islam, kemukakan hujah yang dapat mematahkan kesimpulan yang dibuat oleh beliau. Ini menunjukkan JAKIM tidak ada intelektual yang boleh menandingi Kassim. Peristiwa ini sungguh memalukan rakyat dan kerajaan Malaysia. Mengapakah bomoh yang gunakan buloh sebagai teropong dibiarkan begitu sahaja? JAKIM, Menteri JAKIM, Jabatan-jabatan ugama negeri sepaptutnya membela Kassim kerana sangat cintakan Al-Quran, lalu mengkaji kitab Allah itu dengan mendalam. Sekiranya pendapatnya salah, beri alasan yang kukuh untuk membuktikan kesalahan tersebut. Ini Malaysia, negara yang progresif. Semasa zaman Tunku, Tun Razak, Hussein Onn dan Mahathir, Malaysia dianggap negara Islam contoh. Sekarang tidak lagi. Pelajari lah Islam. Buangkan yang karut, yang tidak masuk akal, yang menunjukkan ketandusan ilmu. Islam menuntut supaya kita menguasai ilmu dalam semua bidang. Bebaskan Kassim. Mohon maaf daripadanya. Dia antara intelektual Islam yang sangat sedikit bilangannya. Sekian. AKGM

10. RD.27 March 2014 17:11  :   Saya sokong pendapat Saudara Anon 15:09.  PM Najib mesti memohon maaf dan bayar ganti-rugi kepada Dr.Kassim Ahmad.  
Haji Hadi yang mengkafirkan orang UMNO, tidak pula di ambil tindakan.   
Bomoh KLIA yang mencemarkan kemulian agama Islam tidak diambil tindakan. 

Mengapa tidak dipanggil ke pejabat untuk memberi keterangan? (Takut Pegawai selekeh mereka tak dapat buat mileage claim?).  Mengapa JAWI atau Jakim tidak berani berhujah dengan Dr.Kassim?  Saya setuju dengan TS Zam :-  "Pakaian (dan rupa-paras) pegawai-pegawai yang mengiringi ini sudah cukup untuk menolak gambaran yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang progresif, moden dan memperjuangkan kesederhanaan Islam."  Gambar 'tangkapan' Dr.Kasiim ini lebih memalukan Malaysia, dari Bomoh atas tikar terbang'.   Lepaskan Dr.Kassim, kalau tak mahu UMNO kehilangan lebih banyak sokongan di bandar.
 
11. RD.27 March 2014 17:18  :      Saya rasa, saya dah hilang respect pada 'orang agama' akibat penahanan Dr. Kassim oleh "....orang yang berwajah bengis, berpakaian kotor, tidak kemas, selekeh dan berimej macam pelampau agama...."

12.  Anonymous27 March 2014 18:02  :   Yang tangkap Kassim pun macam puak curi lembu.  Belomoih macam .Pakai lah bagi segak sikit.  Macam Taliban Malaysai.  Jangan tangkap Kasim saja.Tangkap lah juga ulamak-ulamak merapu yang terdapat seluruh Malaysia. Ramai ulamak dan ystaz yang merapu cakap dalam masjid dan sebagainya.Jawi kena masuk Jawi lagi sekali.


Finally here is part of that Blog post by Tan Sri Zainudin Maidin, our former Minister of Information. 

Kassim Ahmad ketika ditahan oleh Pegawai-pegawai Jawi dan Jakim diiringkeluar dari rumahnya di Kulim
 
Apabila gambar penahanan Kassim Ahmad oleh pegawai pegawai  JAWI dan Jabatan Kemajuan  Islam Malaysia (JAKIM) tersebar di luar negara, maka sekali gus memberikangambaran bahawa pentadbiran Islam Malaysia di kuasai oleh golongan pelampau agama.

Pakaian mereka ini  yang mengiringi  beliau  sudah cukup untuk menolak gambaran yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang progresif, moden dan  memperjuangkan kesederhanaan Islam
(Maksudnya PM Najib menipu sahaja apabila berucap di pentas dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang progresif.)

Kassim Ahmad dalam usianya yang sudah tua dan lemah tidak memerlukan orang yang berwajah bengis, berpakaian kotor, tidak kemas, selekeh dan berimej macam pelampau agama untuk menahannya kerana beliau sendiri telahpun menyatakan kesukarelaannya untuk menemui pihak penguasa agama. Kenapa beliau tidak dipanggil sahaja?.

Kassim sendiri nampak lebih bersih  dan kemas dari pegawai  pegawai agama yang menahannya.

Apakah JAWI dan JAKIM memahami  tentang bagaimanakah sewajarnya seseorang pegawai kerajaan berpakaian untuk menjaga imej kerajaan atau pun kedua jabatan ini tidak berdaya untuk mendisplinkan pegawainya dari segi pakaian dan penampilan.

Semua ini tidak diambil kira oleh JAWI dan JAKIM yang bagitu ghairah untuk menjalankan tindakan terhadap seorang yang lemah tetapi tidak berani untuk menunjukkan taring kepada orang yang dikatakan mempunyai 10 bukti untuk ditangkap sebagai pendakwah Shiah dan pemimpin-pemimpin agama yang telah menyesatkan umat Islam dengan politik agama.

Mereka yang sempit fikiran tidak dapat melihat betapa sikap pemimpin-pemimpin Islam yang menyekutukan diri mereka dengan pemimpin homosexual yang dengan itu secara tidak langsung telah mengkondisikan pemikiran sebahagian umat Islam bahawa liwat bukanlah sesuatu yang  immoral di negara ini. Ini adalah kerana persekongkolan orang agama dengan golongan ini.

Langkah menahannya ketika keadaannya sedang uzur dalam usia lebih 80 dan tidak lagi berpengaruh memperlihatkan kepada umum suatu tindakan yang bersifat pengecut, tidak wajar, tidak adil dan memperkecilkan keupayaan inteklektual Islam untuk menghadapi masalah Kassim ini mengikut peradaban Islam.

Sekiranya tujuan penahanan itu untuk menjatuhkan maruah Kassim Ahmad tetapi umum melihatnya sebagai tindakan yang menjatuhkan maruah kepimpinan JAWI dan JAKIMsendiri
.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.