S Shanker Ganesh, 23, telah ditangkap dan tangan digari oleh anggota polis IPD Seremban di Bukit Sri Senawang, Sungai Gadut, Seremban.
SEREMBAN: Seorang ibu mendakwa polis tidak bercakap benar mengenai status anaknya dan memberikan kenyataan bercanggah apabila beliau menuntut penjelasan kepada pegawai berkenaan.
S Vasanthy, 40, berkata pada 22 Februari lalu kira-kira jam 12.15 tengahari beliau dimaklumkan oleh rakan anaknya bernama Arun bahawa S Shanker Ganesh, 23, ditangkap dan tangan digari oleh anggota polis IPD Seremban di rumah Arun di Bukit Sri Senawang, Sungai Gadut, Seremban.
Dalam laporan polis yang dibuat Vasanthy, beliau mendakwa Arun juga menyatakan oleh seorang pegawai polis bernama Tuan Selvakumar tidak membenarkan Arun memberitahu sesiapa hal tersebut.
“Pada 22 Februari, lebih kurang pukul 03.00 petang, semasa saya berada di IPD Seremban, saya dapat tahu dari Tuan Selvakumar bahawa Shanker Ganesh telah melarikan diri dan tiada dalam tahanan pihaknya.
“Semasa berada di luar, salah seorang anggota polis bernama Vikram menyatakan anak saya telah larikan diri semasa mereka sedang berbincang dan maklum pada ketika itu tangan anak saya tidak digari.
“Pada 23 Februari, leboh kurang pukul 4.15 petang, semasa saya berada di IPD Seremban, saya telah berhubung dengan Tuan Selvakumar dan dia memberitahu saya yang dia tidak tangkap Shanker Ganesh.
“Dia hanya pergi ke rumah Arun untuk mencari Shanker Ganesh. Manakala tangkapan dibuat oleh anggota polis peronda MPV tetapi Shanker Ganesh berjaya larikan diri sebelum ditangkap.
“Saya berasa tidak puas hati dengan kenyataan oleh Tuan Selvakumar yang bercanggah. Saya juga bimbang keselamatan diri anak saya dikemudian hari,” kata Vasanthy.
Kenyataan polis bercanggah
Vasanthy berkata kenyataan pihak polis yang bercanggah ini membuatkan beliau merasakan pihak polis tidak bercakap benar.
“Jika benar anak saya ada kes jenayah dan bersalah, saya meminta pihak polis mendakwa Shanker Ganesh di mahkamah,” katanya.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Senawang, P Gunasekaran (DAP) berkata ada saksi iaitu rakan Shanker Ganesh bernama Arun nampak sememang-menangnya Shanker Ganesh digari ketika ditangkap.
“Adalah tanggungjawab pihak polis untuk menjelaskan di mana Shanker Ganesh.
“Esok saya bersama ahli parlimen Rasah, Teo Kok Seong, Vasanthy dan isteri Shanker Ganesh iaitu D Iswari akan berjumpa Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berhubung kes ini dan meminta beliau siasat kes ini,” kata Gunasekaran.
Shanker Ganesh mempunyai dua orang anak, masing-masing berusia empat tahun (perempuan) dan dua tahun (lelaki).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.