`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 6, 2014

Kisah Sedih OKU Yang Anda Mesti Baca.

Sana sini ada orang susah. Antara kenal tak kenal je. Setiap kali kita bangkitkan isu agihan wang zakat seringkali ada mereka2 yang bertanya ;

Admin, kat mana nak cari orang susah? Aku nak bayar terus zakat aku kat depa.

Admin, tolong aku cari orang susah bleh? Nak bayar zakat. Aku tak percaya kan dah agensi2 zakat kat negara neh.

Admin, kalau2 ada orang susah yang ko kenal, share2 la kat kita sama. Boleh kami dok hulur2 zakat terus pada asnaf.

Berikut kat bawah, ada satu lagi golongan susah yang dinafikan hak mereka. Namun, syukurlah ada member2 facebookers yang prihatin sangat2 dengan apa yang menimpa ke atas keluarga ini.

Baca sat ;

Sebuah motosikal roda 3 yang melintasi di hadapan aku dengan keadaan tayar yang gelong tersangat teruk, pendek kata pada bila-bila masa saja boleh mengundang maut. Lebih menyedihkan lagi seramai 5 orang menaiki motorsikal ini. Ibunya membonceng motorsikal tersebut, seorang anak di belakang ibu dan dua lagi anaknya duduk bersama ayah yang kurang upaya di dalam tong di sebelah motor.

Aku menghidupkan kenderaan terus memotong dan memberhentikan mereka di hadapan untuk membantu apa yg boleh, tiba-tiba beberapa minit kemudian sampai lagi dua basikal ... rupa-rupanya yang mengayuh basikal itu adalah anak perempuan mereka. Aku bertanya pada pakcik ini dari mana nak kemana? Dia kata dari Alor Setar nak bawak anak-anak pergi berkelah di Bukit Wang. Bayangkan jarak Alor Setar ke Bukit Wang lebih dari 20KM dengan keadaan yang mcm ni dia nak ke sana...Masya’Allah. Dari komen2 yg aku baca rupanya ada yang terserempak dengan mereka di lebuh raya ketika dlm perjalanan mereka ke Bukit Wang.

Aku menyuruh mereka berpatah balik untuk ke kedai motor berhampiran bagi memperbaiki tayar motor. Dengan keadaan tangan aku yg patah aku mmg tak mampu nak angkat pakcik tu, kebetulan berdekatan dgn Kem Tentera Kepala Batas boleh la aku minta tolong beberapa tentera yang ada berdekatan, 3 orang jugak la nk boleh angkat pun.

Ranting tayar motor pun dah habis patah-patah masa sampai kat kedai pomen tu, gamaknya pomen tu pun kesian jugak kot sbb dia terus buat motor pakcik ni walaupun ada motor-motor lain. Setelah selesai aku pun menghantar pakcik ni ke rumahnya di Lorong Pendekar yang berdekatan dengan Menara Zakat dan Yayasan Islam Kedah.

Dua tiga kali gak aku baca dan cuba faham2. Apa maksud point terakhir tue. Dekat dengan menara zakat? Yayasan Islam Kedah? Hish hish hish. Macam makan dalam je point tue. Jangan marah ahh..

Apa pun yang aku nampak ;

1. Macam mana seorang ibu terai juga bagi kebahagian kat anak2 walaupun tak mampu.

2. Anak2 teringin nak berkelah agaknya. Dengar citer kawan2. Selalunya begitulah. Apa kawan ada, dia pun nak. Apa kawan citer, dia pun teringin juga. Budak2. Biasalah tue.

3. 20KM naik basikal? Aduh.

4. Suami pula OKU.

5. Motor pula dalam keadaan uzur. Sedih.

Lihat gambar sat ;


Motor 3 roda yang digunakan untuk bergerak.



Basikal yang digunakan untuk bergerak sejauh 20KM. 



Suami kepada makcik tadi tue, yang di bawa dalam kereta member yang prihatin.



Salah satu bekalan yang dibawa untuk berkelah. Lebur kat kedai motor. Lapar agaknya. Salah seorang anak kepada pasangan suami isteri ini. 

Salah seorang saksi yang nampak keluarga ini melalui highway.




Selepas kisah ini disiarkan di facebook, walaupun ketika ini tak la ramai mana pun yang tahu, bantuan dari orang luar datang kepada keluarga ini.

Lihat ;




Keadaan rumah keluarga ini dari belakang rumah.



Kepada member2 yang prihatin, yang nak membantu direct dan berjumpa dengan keluarga ini boleh la berhubung dengan member facebook kat sini

Kisah ini juga boleh dibaca dari sini.

Aku tahu mesti lepas neh ramai yang tanya pasal account bank dan sebagainya. Maaf, aku takde butiran lanjut mengenai hal tersebut. Itu nak kena direct tanya keluarga itu la. Namun, ada banyak juga orang2 susah yang aku jumpa dorang pun segan nak hulurkan account bank ke sana ke mari. Bagi dorang selagi dapat makan, kira dah okay la tue. Huhu. Insaf aku. Macam neh la kehidupan orang2 susah yang perlu kita amek iktibar dan jadikan pengajaran. Nak harapkan pemimpin? Ke laut la jadinya.

Lue fikirlah sendiri.

-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.