`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 6, 2014

SUSPEK PENGAWAL KESELAMATAN PESAKIT MENTAL DI CEKUP INSIDEN BUANG AL QURAN DALAM TANDAS MASJID.



Seorang lelaki dipercayai suspek yang bertindak membuang al-Quran dan surah Yasin di dua masjid di Besut ditahan petang kelmarin dan sekali gus berjaya menyelesaikan kes yang menggemparkan penduduk sebelum ini.

Lelaki berusia 27 tahun dan masih bujang itu ditahan di pekan Besut hasil maklumat orang awam, kira-kira jam 5 petang.

Hasil siasatan mendapati lelaki yang berasal dari Kampung Keluang, Besut itu menghidap penyakit mental sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, selain itu, polis turut merampas sebuah motosikal dan telefon bimbit serta beberapa barangan lain yang boleh membantu siasatan.

“Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu kini ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan, merosakkan atau mencemarkan rumah ibadat serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

“Kita yakin kes ini dapat diselesaikan dengan penahanan suspek yang dipercayai melakukan perbuatan tidak beradab itu di dua buah masjid berasingan iaitu Masjid Limbongan dan Masjid Nasharuddin Shah, Kampung Raja, Besut,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri di sini, semalam.

Selain itu, jelas Jamshah, berdasarkan siasatan awal serta pengakuan keluarga terdekat, suspek memang menghidap penyakit mental sejak tiga tahun lalu dan pernah mendapatkan rawatan serta mengambil ubat bagi penyakit tersebut.

“Diharapkan dengan tertangkapnya suspek ini, segala spekulasi mengaitkan perbuatan khianat ini dilakukan oleh golongan daripada kaum tertentu yang mempunyai niat tertentu dapat dihentikan kerana ia sebenarnya dilakukan oleh individu kurang siuman,” tegasnya.

Kata Jamshah, semasa ditahan, suspek memberi kerjasama yang baik dan kakinya yang cedera dipercayai akibat terkena kaca ketika menendang pintu gelongsor di masjid berkenaan terpaksa dikenakan lapan jahitan.

“Bagaimanapun, kita masih menyiasat untuk memastikan sama ada suspek menendang pintu gelongsor berkenaan untuk memasuki masjid atau sebaliknya,” katanya.

Sementara itu di di Mahkamah Majistret, Kampung Raja, Besut, Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap suspek selama empat hari bermula semalam.

Semalam, Omak Kau ada melaporkan penduduk gempar dengan insiden al-Quran dan Yasin di Masjid Limbongan serta Masjid Nasaruddin Shah dekat Kampung Raja, Besut, dicampak ke dalam mangkuk tandas, diselerakkan dan dibuang ke luar masjid.

Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 2.30 pagi itu, al-Quran, kitab dan surah Yasin dicampak di merata tempat termasuk di dalam dan di luar kawasan masjid berkenaan, setelah dikoyak-koyakkan.

Lebih menyedihkan terdapat beberapa naskhah al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas.


BAGAIMANA SEORANG ADA MASALAH SAKIT MENTAL DAN JIWA DI AMBIL SEBAGAI PENGAWAL KESELAMATAN ... KESELAMATAN DIRI SENDIRI TIDAK BOLEH NAK KAWAL BAGAIMANA NAK MENGAWAL KESELAMATAN ORANG LAIN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.