`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 2, 2014

Tak ada siapa nak sembang ka bab "Nilai Ringgit Semakin Rendah"?


CATATAN HARI MINGGU: MENGAPA NILAI RINGGIT KITA RENDAH?

Sejak dua tahun lepas, kita dikejutkan dengan krisis Euro dan selepas itu krisis Dollar Amerika. Nilai Euro dan nilai Dollar Amerika terumbang ambing kerana krisis ekonomi dan kewangan yang mereka hadapi. Jadi, jika kita hendak menukar Ringgit kita ketika itu, kita rasa selesa.

Hari ini saya ke Money Changer. Sedih saya melihat nilai Ringgit kita rendah, tidak seperti enam bulan yang lalu berbanding dengan Euro, US Dollar, British Pound atau Singapore Dollar.

Mengapa nilai Ringgit kita semakin rendah? Inilah yang isu yang perlu dijawab dan dibahaskan utuk renungan hari ini.

Saya terbaca kenyataan seorang timbalan menteri yang berkata nilai ringgit yang rendah baik untuk ekonomi negara kerana ini menyebabkan eksport kita bertambah kerana banyak negara luar berminat pada barangan kita kerana harganya murah. Dan juga ramai pelancong luar datang ke negara kita kerana kosnya rendah.

Saya tidak berminat dengan jawapan sebegitu. Saya juga tidak bangga jika barangan kita dibeli oleh negara luar kerana harganya murah atau pelancong datang ke negara kita kerana kosnya rendah. Saya mahu negara luar berminat membeli barangan kita kerana produknya berkualiti dan pelancong datang ke negara kita kerana produk pelancongannya baik.

Bolehkah kita bermentaliti begitu? Kita hebat kerana kualiti barangan kita hebat, bukannya kerana harganya murah dengan kualiti yang belum pasti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.