`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 3, 2014

HOT!! Bekas Pegawai Kanan Agama Aktif Sebarkan Syiah Di Kedah

ALOR SETAR - Seorang bekas pegawai kanan Jabatan Agama Islam di sebuah negeri dipercayai terbabit dengan kegiatan fahaman Syiah di negeri ini.

Difahamkan, individu yang berumur sekitar 60-an itu juga merupakan orang kuat dalam kumpulan itu.


Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia dan Islam Malaysia (Abim), Abdullah Din berkata, pihaknya memandang serius perkara ini dan berharap perkara itu perlu tindakan lebih tegas daripada pihak berkuasa kerana dibimbangi boleh mempengaruhi umat Islam yang lain.

“Saya berasa sedih dan kecewa dengan perkara ini. Dia adalah seorang individu yang berpengaruh dan pernah dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesucian agama Islam.

“Tetapi orang yang kita percaya selama ini, tiba-tiba boleh sertai ajaran itu. Ini tidak seharusnya berlaku terutama kepada individu di Jabatan Agama Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, penglibatan individu terbabit dalam fahaman Syiah adalah satu perkara yang perlu dipandang serius berikutan dia adalah individu yang berpengaruh.

“Saya bimbang jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas, mungkin lebih ramai orang besar dan kenamaan akan sertai fahaman tersebut,” katanya.

Abdullah berkata, individu itu turut kelihatan hadir pada program anjuran Syiah di Alor Berala, Pendang.

“Sebenarnya, dalam ahli keluarganya hanya dia seorang yang sertai Syiah. Isteri dan anak-anak dia adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Tetapi kita bimbang sebab dia sering memaksa ahli keluarganya supaya berdebat mengenai Syiah,” katanya.

Tambahnya, individu itu amat disegani masyarakat kerana pernah memimpin sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di sebuah negeri. - sharian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.