`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, June 3, 2014

ISU COKLAT CADBURY ADA DNA KHINZIR ... ANTARA KETUA PENGARAH JAKIM DAN KETUA PENGARAH KESIHATAN .. KENYATAAN SIAPA HARUS KITA TERIMA PAKAI DAN PERCAYA??????


Ketua Pengarah JAKIM kata halal dan bebas DNA khinzir... manakala Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pula kata ada DNA Khinzir... siapa yang berkata betul dan siapa pula yang menipu dan mengelirukan rakyat????

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapa menunjukkan dua laporan analisis makmal Jabatan Kimia Malaysia terhadap sampel Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no) 221013 N01RI1 dan Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01HI2 yang disahkan tiada dikesan Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di Putrajaya hari ini.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan pula mempertahankan keputusan ujian oleh makmalnya terhadap dua sampel produk coklat susu Cadbury mengandungi DNA babi.

Jadi rakyat nak tanya ... Ketua Pengarah mana satu yang betul dan mau diguna pakai??????

Jika kita was-was maka Omak Kau sarankan agar kita menjauhi produk keluaran Cadbury  .. itu sahaja .. mudah dan tidak perlu nak pening kepala.

1 comment:

  1. ada pegawai jakim tu yg experts sains/biologi ke atau jakim ada makmal ujikaji sendiri ke... (Tak nak cakap pun dimana jakim buat uji kaji dna) ????.... tapi kalau pak menteri agama Islam tu dan lebai-lebai di jakim tu nak makan coklat ada babi tu makan le .... berpeti-peti pun tak apa ..... jangan suruh orang ramai ikut sama sudah le ......

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.