RAMAI muslimah yang bebas berkreasi dalam berhijab tanpa memperhatikandari segi hukum syar'ie. Sampai akhirnya mendapatkan padangan negatifdan dilabelkan 'Jilboobs'
Jilboobs diertikan sebagai tudung boobs (berjilbab tetapi bahagian dada tetapkelihatan), kerana fesyen atau hijab yang dikenakan terlalu ketat ataumembentuk lekuk tubuh. Mungkin di luar sana masih ramai muslimah yangtidak ambil kisah terhadap gaya berpakaian jilboobs.
Maka agar penampilanmu tidak ikut-ikutan atau disebut seperti jilboobs,sebaiknya ikuti tips berikut...
Satu: Kenali bentuk tubuhmu
Hal pertama yang perlu dilakukan adalah kenali terlebih dahulu bentuktubuhmu. Jika kamu termasuk yang bertubuh cukup gemuk dengan bahagiandada cukup besar, gunakan fesyen yang agak longgar. Atasan batwing,oversized blouse, oversized cardigan, boleh menjadi pilihan yang tetap ingintampil bergaya. Selain itu, baju sejuk juga boleh menjadi pilihan ketikaberpergian.
Ini juga berlaku untuk yang bertubuh kurus dan langsing, bukan berertikamu merasa tidak gemuk lantas boleh dengan bebas mengenakan pakaianketat. Tetaplah gunakan busana sopan dan perhatikan apakah bahagianpenting tubuhmu kelihatan menarik.
Dua: Gunakan hijab panjang dan syar'ie
Syarat penting berhijab adalah menjulurkan hijab hingga menutupi dada,untuk itu gunakanlah hijab panjang seperti pashmina atau selendang.Tudung segiempat pun tetap boleh digunakan asal masih tetap menutupidada.
Tiga: Tambah selendang
Jika bahagian dada masih kelihatan juga, tambah selendang sebagai variasidalam berhijabmu. Selain lebih syar'ie, gayamu juga akan kelihatan lebihfashionable. Selamat bergaya cara syar'e. (IH)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.