`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, September 30, 2014

Peraturan Baru Cermin Gelap - JPJ Kena Kutuk Kaw2 Di Facebook.

Jaga2 korang semua. JPJ dah keluarkan undang2 baru dalam isu cermin gelap. Berikut adalah kadar ketelusan cahaya yang ditetapkan oleh JPJ. JPJ juga keluarkan senarai mereka2 yang tidak tertakluk kepada undang2 yang dirangka oleh JPJ.

Lihat ;

Dan. Yang menariknya di facebook. Respon pengguna. Perghhhhhh. Seronok gila kau aku baca. Kaw2 kena bahan.

Tengok ;





Akhirnya rakyat dah sedar yang JPJ neh lebih kepada buat duit aje. Itu sebab sibuk focus kat tinted dan no plat. Itula lubuk nak buat duit. Tak begitu ke JPJ? Bukan sebab keselamatan ke apa. Lagipun. Pegawai polis sendiri keluarkan kenyataan bahawa kegiatan jenayah tiada kaitan dengan tinted. Bahkan lebih banyak kenderaan dipecah masuk akibat tidak bertinted.

JPJ neh bodoh ke apa tatau fakta?

Takde link dengan PDRM untuk godek info dan buat analisa?

PADAN MUKA KENA BAHAN KAT WALL SENDIRI. Pula tue taknak menjawab. Pengecut nak mampos.

Antara komen terbaik yang aku petik dari laman fb rasmi JPJ. Dari Bang Wan. 

Bacalah. Macam biasa. JPJ no reponse. Petik salah seorang yang komen kat JPJ. Dia komen. JPJ neh kalau post apa2 selalu kena marah. KESIAN AKU TENGOK. 

WAKAKAKAKAAK...

PADAN MUKA KAU JPJ. RAKYAT MALAYSIA BENCI KO KOT.

HA HA HA

Baca komen Bang Wan ; 

Assalamualaikum warga Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Setelah berbulan lamanya berbincang mengenai cermin gelap dengan dihadiri oleh pakar2 hasilnya keputusan baru mengenai cermin gelap tak beza banyak dengan yang sebelumnya. Amat mengecewakan keputusan terbaru ini.

Mengapa Agong Sultan Menteri dan VIP lain dibenarkan bercermin gelap? Atas alasan keselamatan? Golongan2 ni kalau p mana Polis yang dilengkapi senjata setiap kali akan mengiringi Golongan ini kemana saja depa p siap tutup jalan. Adakah peragut beg yang pecah cermin kereta berani pecahkan cermin kereta golongan ni untuk meragut beg tangan? Cermin kereta golongan ini pun cermin kalis peluru jadi takat katok tu takkan pecah.

Tetapi kereta orang awam biasa terdedah pada risiko kerana nampak mana lokasi letak handbag dan barang2 berharga. Cermin kereta awam majoriti bukan kalis peluru. Ingat takat tinted cermin pecah tapi takkan hancur? Pencopek laknat ni ada cara tersendiri depa macamana nak kopak cermin kereta.

Malaysia beriklim tropika jadi dalam ertikata lain PANAS. Jika kebenaran untuk golongan ini bercermin gelap sebab nak bagi depa selesa awat kami orang awam tak perlu selesa. Biaq panas dalam reta saja ka? Bayangkan parking reta kat parking awam yang tidak berbumbung 30 minit pun bahang dalam kereta macam nak sama oven. Jangkamasa panjang boleh merosakkan interior dalaman kereta. Golongan ni takpalah sebab depa beli kereta rasmi guna duit rakyat dan jika depa beli kereta peribadi pun takpa sebab duit depa belambak tak macam kami ni golongan pertengahan dan bawahan.

Kalau golongan ini tau panas dan tak selesa begitu juga kami ni. Kami yang ada anak kecil ni kalau dok reta lama2 depa tak selesa panas sepasai, bahang kepanasan matahari lagi. Silau dek pancaran cahaya matahari. 

Saya minta JPJ tolong semak semula ketelusan cahaya ini. Logikkah kereta nak cermin gelap kena minta kebenaran JPJ sedangkan kereta ni kami beli siap bayaq cukai guna duit kami sendiri. Bukan dapat subsidi dari kerajaan pun. 

Janganlah bersikap golongan tertentu saja yang boleh cermin gelap. Kalau beginilah cara JPJ patutnya golongan seperti Agong Sultan Menteri VIP juga tidak dibenarkan bercermin gelap.

Tu tak kira lain ada setengah pegawai JPJ saya ulang ADA SETENGAH PEGAWAI JPJ yang bercermin gelap. Memang JPJ tidak membenarkan pegawai2 bercermin gelap tetapi realitinya reta depa juga bercermin gelap gila2. Takat keluar notis depa bawa reta lain atau nek motor p reja.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.