`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, September 29, 2014

ANJING-ANJING PENCEN ... AKHIRNYA ZULKIFLI NORDIN DAN UTUSAN MELUTUT MOHON MAAF DENGAN MEMBAYAR SEJUMLAH KOS KEPADA BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PKR KERANA MEMFITNAH



Kes saman malu Dr Syed Husin Ali terhadap Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd selesai selepas kedua-dua defendan bersetuju meminta maaf dan menarik balik dua artikel bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" dan "Anjing-Anjing Pencen".

Bekas timbalan presiden PKR itu mengemukakan saman RM10 juta ke atas Zulkifli kerana menulis artikel tersebut di blognya yang kemudian disiarkan Utusan Malaysia.

"Zulkifli Noordin setuju kenyataan fitnah beliau di bawah tajuk 'Anjing-Anjing Pencen' di blog beliau bertarikh 19 November, 2011 ditarik balik sepenuhnya dan beliau akan meminta maaf terhadap penggunaan perkataan 'Anjing-Anjing Pencen' kepada Dr Syed Husin Ali," kata peguam yang mewakili Syed Husin.

Zulkifli juga bersetuju untuk membayar kos guaman yang tidak didedahkan kepada Syed Husin.

Sementara itu, Utusan Malaysia juga menarik semula artikel bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" bertarikh 20 November, 2011 dan juga akan membayar suatu amaun kos kepada plaintif.

Zulkifli juga menarik balik saman beliau mengikut Saman No 23NCVC-1014-08/2012 terhadap Syed Husin tanpa kos.

Syed Husin diwakili peguam N Surendran dan Latheefa Koya.

Sementara Zulkifli diwakili Mohd Ruzaini sementara Utusan Malaysia diwakili Datuk Firoz Hussein (Tetuan Hafarizam).

Pada awal Januari 2012, Syed Husin menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain dan juga satu perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah yang sama terhadapnya.

Dalam tuntutan itu, Syed Husin mendakwa Utusan Malaysia secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya dalam artikel di akhbar milik Umno itu bertarikh 20 November, 2011, berjudul "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin".

Syed Husin berkata, Zulkifli dalam blog peribadinya menerbitkan semula artikel yang sama tetapi atas tajuk yang lain iaitu "Anjing-anjing Pencen".

Beliau berkata, perkataan itu dalam maksud asal dan biasanya bermaksud beliau melakukan rasuah, melakukan kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara, seorang yang hipokrit atau tidak boleh dipercayai dan tidak layak dipanggil sebagai seorang ahli politik dan ketua kepada parti politik.

Syed Husin berkata, disebabkan penerbitan perkataan itu, karektor dan reputasinya tercemar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.