`

 



THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Tuesday, September 30, 2014

Pengurus syarikat kereta terpakai ditembak di pipi


LOKASI seorang pengurus syarikat kereta terpakai ditembak tiga lelaki bertopeng di Taman Midah, Jalan Cheras, Kuala Lumpur hari ini. - KOSMO!/NUR SHAZREEN ZAMZURI

Seorang pengurus syarikat menjual kereta terpakai cedera ditembak di pipi kiri oleh seorang lelaki di pejabatnya di Taman Midah, Jalan Cheras di ibunegara semalam.
    
Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras ACP Abd Rahim Hamzah Othman berkata dalam kejadian pukul 4.42 petang itu, empat lelaki datang ke kedai berkenaan menaiki kereta Nissan Sylphy, dipercayai dicuri, dan menutup muka masing-masing dengan memakai topeng ski.
    

Beliau berkata tiga daripada suspek kemudian naik ke pejabat mangsa, yang merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun, di tingkat satu sebelum bertindak menyerbu masuk ke bilik mangsa.
    
"Berlaku pergelutan antara pengurus kedai itu apabila dia cuba menahan pintu biliknya daripada dibuka dan dimasuki suspek.
    
"Selepas pengurus itu ditolak jatuh, seorang suspek melepaskan dua dastembakan mengenai pipi kiri mangsa sehingga tembus ke bahagian bawah telinga kiri," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
    
Beliau berkata selepas kira-kira dua minit, suspek melarikan diri bersama sebuah fail yang diambil dari meja mangsa.
    
Semasa kejadian, terdapat enam pekerja di kedai berkenaan.
    
Abd Rahim berkata mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini dilaporkan stabil.
    
Beliau berkata hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, polis menemui dua butir peluru dan dua pucuk pistol dengan satu daripadanya palsu.
    
Katanya, polis kini menyiasat motif kejadian dan sedang meneliti kamera litar tertutup di kedai itu.
    
Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.