`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 2, 2015

GST Kini Halal - Fatwa Dah Bertukar Dari Harus Kepada Halal.

Halal?

WOW.

Sudah tukar ke? 

Najib kata fatwa GST adalah halal kini. Disahkan oleh laporan BH online.

Rujukan paparan berita ;



Pelaksanaan GST adalah halal dan mengikut fatwa, kata Perdana Menteri,

Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, pelaksanaan cukai itu dibuat berdasarkan kajian yang menyeluruh dan teliti.

Katanya, hasil kajian 35 tahun itu mendorong kerajaan memutuskan cukai baharu itu distrukturkan secara berbeza dengan pelaksanaan cukai yang sama dilaksanakan di negara lain.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Sidang Kemuncak Halal Dunia 2015 di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Najib berkata,peserta industri Halal di negara ini juga boleh menikmati kos menjalankan perniagaan yang rendah dengan pelaksanaan GST.

Beliau berkata, dengan kadar GST sifar yang dikenakan terhadap kebanyakan bahan mentah asas seperti ikan, daging dan sayur membolehkan mereka membuat tuntutan terhadap cukai input.

Beliau berkata, GST juga tidak dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan untuk dieksport.


Tapi dulu2 katanya ;



Woahhh..

Bila tukar fatwa neh? Kenapa dari harus menjadi halal pula neh woi? Ka, dengan kuasa wasatiyyah yang ada pada Najib dia boleh main petik2 aje fatwa dengan sesuka ahti. Dia nak cakap halal maka jadi halal. Dia nak cakap haram maka jadi haram. Dia nak cakap harus maka jadi harus?

KAH KAH KAH

Gile ahhhhh..

Keluar iklan paper bincang forum apa semua siap bahas kata GST harus.
Alih2 dengan 1 statement dari Najib. GST terus difatwakan halal.
Kau rasa menteri dan mufti2 nak tegur Najib ke?
Jangan harap dan boleh pergi mampos dengan kau punya angan-angan.

Woiii GST dah halal woii. Ulama Najib dah keluar hukum. 

KAH KAH KAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.