`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 28, 2015

Panas! Pimpinan Tertinggi Umno beri amaran kepada Ahmad Maslan

‎PAGI tadi Ahmad Maslan buat hal lagi, apabila mengeluarkan tweet merapu menuduh peniaga pro pembangkang sebagai punca kenaikan harga barang — peniaga pro pembangkang naikkan harga barang

Barangkali kerana bimbang dengan keghairahan Ahmad Maslan yang berterusan mengeluarkan kenyataan bodoh tentang GST, beliau dilaporkan telah diberi amaran oleh pimpinan tertinggi Umno‎.

Kenyataan bodoh Ahmad Maslan tentang GST dibimbangi akan mengurangkan majoriti kemenangan Barisan Nasional di PRK Rompin, serta menggagalkan cita-cita BN untuk menawan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Nampaknya pemimpin tertinggi Umno‎ sendiri tidak sanggup mempertahankan cukai GST yang sebelum ini bermati-matian didukung dan disokong oleh mereka.

Bila majoriti rakyat‎ tidak menyokong perkara yang dikatakan baik oleh kerajaan, itu tandanya kerajaan sedang 'syok sendiri' dan tidak memahami suara hati rakyat.

Bantah cukai rakus! #BantahGST — Pastikan BN kalah teruk di PRK Permatang Pauh dan Rompin

Jangan lupa! 
Tandatangan dan sebarkan, 

Petisyen bantah Cukai Rakus GST Sila klik laman web — bantahgst.com ‎

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.