PAS mencabar kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) yang didakwanya bersekongkol mencari dalil bagi mengharuskan “kezaliman pemimpin” dalam isu pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Alasan ini bukanlah pandangan syarie yang sebenar melainkan untuk menggembirakan hati pemimpin,” kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man .
Bermula dengan penuh kontroversi semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilapor berkata pelaksanaan GST halal dan mengikut fatwa.
Muzakarah Jawatankuasa MFK yang bersidang pada Oktober 2014 membuat keputusan mengharuskan pemerintah mengutip GST selagi terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.
Bagaimanapun, pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak, antaranya ketika kerajaan memerlukan sumber kewangan, bebanan cukai dikutip secara adil dan dibelanjakan untuk maslahah ummah.
Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim (atas) berkata GST tidak akan menjadi halal semata-mata atas alasan kerajaan memerlukan dana bagi membangunkan negara dan keperluan rakyat bagi memenuhi kehendak “daruriyyah dan hajiyyah”.
“Salah urus ekonomi, pelaburan di tempat yang sekadar membawa dana kerajaan masuk ke poket orang tertentu serta rasuah yang berleluasa – semua perkara ini tidak halal.
“Jenayah ini mesti dicegah dahulu sebelum rakyat dipaksa dengan cukai yang membebankan mereka dan inilah sepatutnya menjadi fokus Majlis Fatwa untuk menyembuhkan negara.
“GST ini ibarat simbah air pada asap. Air kena disimbah pada api,” katanya bekas pensyarah agama itu.
'Kemewahan dalam istana'
Tuan Ibrahim berhujah, GST bukan penyelesaiannya jika punca sebenar dana negara meleset tidak diambil perhatian.
Beliau membandingkan dengan fatwa sarjana klasik Islam Izzuddin Abdus Salam terhadap Sultan Qutuz di abad ke-13, yang mahu mengenakan cukai untuk keperluan peperangan dan ubat-ubatan.
Ulama itu, bagaimanapun, kata Tuan Ibrahim mengharamkan tindakan itu kecuali tiada pembaziran dalam kerajaan dan setelah kemewahan dalam istana dijual.
“Sekiranya tidak mencukupi juga, barulah kerajaan boleh mengenakan cukai ke atas rakyat,” Tuan Ibrahim.
“Inilah nasihat dan teguran yang sepatutnya dinyatakan oleh ahli agama dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar kerajaan menghentikan pembaziran, salah urus dana negara, rasuah yang menjadi punca langsung negara kekeringan; dan bukannya untuk meminta rakyat berkorban untuk pemerintah berterusan melakukan keborosan dan kehidupan mewah melampau.”
Fatwa itu sebelum ini juga pernah dicabar oleh seorang sarjana PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang berpendapat “haram” melaksanakan GST kerana ia didakwa tidak menepati syarat pengharusan cukai dalam Islam. -mkini

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.