`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 2, 2015

KES BUNUH - APA PERANAN NAJIB

KOMENTAR
akhirnya soalan ini telah keluar
selama 5 tahun tukar tiub
telah menimbulkan soialan ini
siapa upah sirul dan azilah

akhirnya soalan ini timbul
akhirnya soalan ini mucul

ini adalah tanda tanda
bahawa hari hari saekor najib makin dekat

mahathir akan terus menyerang
sirul akan menjadi senjata yang ampoh
sirul di australia akan mula bersuara
ini makna dari soalan ini

akhirnya akan timbul soalan
apa peranan najib
akhirnya akan timbul
kenapa najib

MAKA
kita akan tahu
kenapa lee kuan yew 
dapat tanah KTM dengan harga murah
kita akan tahu kenapa
najib ikut sahaja cakap rosmah

kita nanti dan tunggu

NOTA
najib hanya akan selamat
jika mahathir pergi dahulu
ini maknanya save by the bell




MAHATHIR: SIAPA ARAH BUNUH ALTANTUYA?

Bekas perdana menteri  Mahathir Mohamad hari ini berkata kenyataan Sirul Azhar Umar bahawa dia hanya menjalankan arahan ketika membunuh Altantuya Shaaariibuu harus disiasat.

Mahathir berkata, perkara itu melibatkan nyawa manusia dan “amatlah zalim” jika Sirul dibiar menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.


“Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan.

"Sebagai pengawal peribadi Najib (Razak), dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.

“Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul 'merepek', tidak ada siasatan yang dibuat,” katanya.

Menulis di blognya, Mahahthir juga membangkitkan sebuah “skandal” kapal selam dengan pembunuhan Altantuya.

Sirul sebelum ini berkata beliau hanya menjalankan tugas dan menjadi kambing hitam dalam kes itu.

Daripada tahanan imigresen di Australia, bekas anggota polis elit itu berkata sedang mempertimbang untuk mendedahkan segala-galanya kepada media tentang perkara itu.


Najib menyifatkan dakwaan Sirul bahawa dia bertindak atas arahan sebagai "rubbish" (mengarut atau merepek).

Sirul dan seorang lagi rakan dalam pihak berkuasa itu Azilah Hadzri disabitkan bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhi hukuman gantung sampai mata.

Motif kepada pembunuhan itu bagaimanapun masih misteri.

Esok 6 tahun Najib jadi PM

Sirul bagaimanapun tidak hadir dalam prosiding akhir di Mahkamah Persekutuan keran berada di Australia. Dia ditangkap tidak lama kemudian.

Undang-undang negara kanggaru itu tidak membenarkan pihak berdepan hukuman bunuh dihantar pulang ke negara hukuman akan dilaksanakan.


Penganalisis politik Razak Baginda (kiri), yang dikatakan pernah menjadi rakan rapat Najib, pernah didakwa bersubahat dalam pembunuhan itu.

Beliau kemudian dibebas tanpa dipanggil membela diri kerana keterangan dikemukakan tidak cukup bagi membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Sementara itu, walaupun Mahathir dilihat semakin lantang terhadap pentadbiran Najib, terutamanya  dalam isu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB), beliau tidak pernah secara terbuka membangkitkan kes Altantuya.

Langkah itu memperlihatkan bahawa Mahathir bersedia pergi lebih jauh dengan mempergiatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Najib yang sedia terhimpit dengan pelbagai isu.

Ini termasuklah isu kekayaan keluarganya, perbelanjaan kerajaan serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Esok genap enam tahun Najib bertugas sebagai perdana menteri.
 

KAH KAH KAH
woit
ini berita baik
berita amat baik
orang ramai nak tahu
siapa upah sirul
siapa upah azilah
BEST PUNYA NEWS

POSTED BY TUKAR TIUB 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.