`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 23, 2015

PANAS - Web pro-BN dakwa komplot dalaman anti-Najib



Sebuah laman web pro-Umno mendakwa, terdapat pemimpin Pemuda Umno yang berkomplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laman Mykmu.net melaporkan, usaha itu dilakukan dalam satu mesyuarat bersama Pemuda Umno Johor di Rompin malam tadi.

Dalam mesyuarat itu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan atau dikenali sebagai Azwan Bro (kanan) didakwa menghasut ketua pemuda Umno bahagian Johor untuk menentang kepimpinan presidennya.

Menurut laporan itu lagi, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh exco Pemuda Umno Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda BN Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.

Azwan yang sepatutnya membincangkan strategi kempen Pemuda Umno Rompin dilaporkan turut melahirkan rasa tidak percaya dengan penjelasan Najib semasa pertemuan bersama Pemuda Umno minggu lalu.

Katanya, tindakan Ahli Parlimen Pekan itu sekadar untuk membeli masa bagi menunggu laporan Ketua Audit Negara.

"Menurut sumber, Azwan mengingatkan Pemuda Johor bahawa sokongan Pemuda Umno Malaysia adalah kepada jawatan presiden Umno bukannya kepada Najib Tun Razak.

"Beliau turut menyatakan tidak percaya dengan penjelasan perdana menteri semasa pertemuan Pemuda Umno Malaysia minggu lalu dan percaya Najib hanya buying time(membeli masa) untuk menggunakan alasan menunggu Ketua Audit Negara," kata laporan itu.

Malah, laporan itu mendakwa, Azwan yang pernah menjadi ketua Pemuda Perak turut beranggapan, Najib harus ditumbangkan dan orang yang layak mengetuai tindakan itu ialah Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Laporan itu menyebut, pandangan Azwan itu turut mendapat sokongan Ketua Pemuda Umno Sri Gading, Simpang Renggam dan Pulai.

Mykmu.Net juga mendakwa, Azwan akan berada di Permatang Pauh esok untuk meneruskan agenda yang sama.

Arman: Cuma mahu naikkan rating

Khairy dan Azwan masih lagi tidak memberi sebarang respon terhadap dakwaan ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan media, Arman menafikan laporan oleh Mykmu.netdan mengatakan ia bertujuan hanya untuk mendapatkan menaikkan rating laman web itu.

Malah, Arman (kanan) berkata, semasa mesyuarat itu semalam, tiada mana-mana pihak yang mendesak Najib meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan.

Jelasnya, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu semalam adalah tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Saya nak sanggah apa yang di perkatakan oleh penulis Mykmuyang mengatakan perbincangan untuk jatuhkan Datuk Seri Najib dalam sesi perbincangan semalam.

"(Saya) nak tanya, penulis ada ke dalam perbincangan semalam atau sekadar mendengar cerita dan manipulasi cerita sekadar mengejar rating bagi portal Mykmu?" soal Arman.

Malah Ketua Pemuda Umno Johor Hahasrin Hashim turut menafikan perkara sama.

Dalam tulisan di Facebooknya, Hahasrin berkata, perbincangan malam tadi menjurus kepada gerak kerja parti di peringkat Pemuda Umno Johor termasuk berbincang isu nasional.

"Tidak timbul isu untuk Pemuda buat gerakan menjatuhkan pemimpin.

“Pemuda masih berpegang kepada kesetiaan dalam perjuangan parti dan kepada pihak yang mengambil kesempatan digesa untuk menghentikan tohmahan dan tuduhan liar tersebut," tulisnya.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.