Monday, April 20, 2015
Van Bergerak Seluruh Malaysia Mulai Minggu Depan Untuk Beri Penerangan Kepada Orang Awam Tentang GST.
Memang gile kerajaan kau neh. Gila.
Bodoh. Bangang. Bebal. Bahlol. Tuli. Semua cukup. Ergghh. Geram betul la aku. Kalau ada peruntukan sangat baik kau sediakan pengangkutan percuma untuk OKU. Angkut depa pergi balik ke hospital pun jadi la. Kadang2 kesian tengok OKU yang nak bergerak dengan keupayaan yang terhad dan keadaan kewangan yang tak mengizinkan. Cuba2 la berkawan dengan OKU untuk peduli tentang permasalahan yang depa hadapi.
Kerajaan kini dalam usaha untuk memaksa rakyat menerima pelaksanaan GST. Maka, cadangan terbaru mereka ialah bergerak ke satu kawasan ke satu kawasan di seluruh Malaysia menggunakan van. Ianya bertujuan untuk beri penerangan menyeluruh tentang proses pelaksanaan GST. Mereka akan masuk ke pasar-pasar malam dan berada di kawasan tumpuan orang ramai.
Ia mungkin strategi yang baik. Jika GST dilaksanakan dengan niat yang baik.
Tetapi ia adalah strategi yang teruk. Dalam keadaan ia dilaksanakan dengan membebankan rakyat Malaysia.
Nasihat aku kepada van pro GST. Jangan sampai program penerangan korang bertukar menjadi medan rakyat melepaskan kemarahan. Kau semua jangan main-main. Walaupun korang diarah dan dikerah untuk bekerja tetapi rakyat pun dah geram neh. Semua benda kita beli tak memasal ada GST. Makin kerajaan cakap ianya tak membebankan makin kita sendiri merasai bahawa pelaksanaan GST benar-benar membebankan.
Ini apa yang dilaporkan oleh BERNAMA.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menubuhkan pasukan van bergerak untuk memberi penerangan kepada orang ramai mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) mulai minggu ini.
Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata pasukan itu juga akan memberi khidmat nasihat berkaitan CBP, selain melaksanakan penguatkuasaan serta merta terhadap laporan dan aduan yang dibuat orang ramai.
"Van-van ini akan bergerak ke kawasan panas seperti pasar dan pasar raya agar penerangan dapat dibuat kepada orang awam dengan lebih mudah di sana," katanya dalam sidang media bersama Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk T. Subromaniam, di sini hari ini.
Katanya van dari enam agensi di bawah kementerian berkenaan akan digunakan bagi melaksanakan tugas terbabit.
Dalam pada itu, Subromaniam menasihatkan masyarakat agar tidak terus mempercayai sebarang maklumat palsu di media sosial berkenaan CBP yang mula dikuatkuasakan pada 1 April lalu.
Beliau berkata terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang terlalu "kreatif" untuk menyebarkan maklumat yang salah di media sosial yang menyebabkan salah faham dalam kalangan rakyat mengenai pelaksanaan CBP.
"Ada yang bertanya kepada saya mengenai satu viral di media sosial mengatakan caj CBP telah dikenakan terhadap pengeluaran Amanah Saham Bumiputera (ASB)...ini tak betul, jual beli saham tidak dikenakan CBP, yang dikenakan adalah CBP ke atas caj perkhidmatan," katanya.
"Jadi kita harap rakyat Malaysia tidak terus percaya maklumat di media sosial media tanpa menyiasat terlebih dahulu dan mereka juga boleh menghubungi pihak kastam dan KPDNKK untuk mendapatkan maklumat sebenar," katanya.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.