Friday, June 12, 2015
BILA SEORANG BERJAWATAN TIMBALAN MENTERI NAIK KOMUTER LANGSUNG TIDAK DIAMBIL KISAH OLEH PARA PENUMPANG LAIN
Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, Dato' Aziz Kaprawi mencuba sendiri pengangkutan awam pergi ke tempat kerja.
Beliau naik komuter dari stesen UKM menuju ke Bandar Tasik Selatan kemudian tukar ke ERL menuju ke Putrajaya, semalam.
Dari dua keping gambar yang di muat naik dalam media sosial akuannya sendiri di facebook dan twitter menunjukan bahawa beliau menaikan pengangkutan awam itu ketika waktu puncak selain berlagak seperti rakyat biasa.
Apa pun amat jelas, tiada pun dikalangan penumpang komuter yang mengecam dirinya sebagai seorang Timbalan Menteri .... menunjukkan yang beliau bukanlah seorang Timbalan Menteri yang popular dan kurang mendapat liputan media arus perdana ... tidak seperti Dato' Ahmad Maslan yang cukup terkenal seluruh dunia dengan kisah kata-kata lawak semborononya mengenai isu GST.
Apa-apa pun tabik spring harus diberikan kepada Timbalan Menteri Pengangkutan ini atas inisiatifnya mau merasai apa yang rakyat rasa ketika berurusan dengan pengangkutan awam terutamanya komuter dan ERL.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.