`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 29, 2015

Bapa Nasi Kandar 24 jam dan tidak serang peribadi Dr Mahathir.

Image result for mahathir and Najib

Tutup dan Buka.
Belum pun habis 24 jam, kenyataan tutup kedai nasi kandar pukul 12 malam oleh Shahidan Kassim, Najib main peranan sebagai the good cop. ini bad cop, good cop routine dari pasangan laurel dan Hardie Malaysia. 
Dia reverse kenyataan Sahidan, dan kata Ok untuk kedai nasi kandar buka lebih dari pukul 12. 
Itu macam  kalu machaa.....Najib is the best. 
Ini semua lakonan politik murahan antara Shahidan dan Najib. Kalau nak benteras gejala sosial, cari tempat lain dimana anak muda dan anak2 orang kaya berkumpul. Bukan kedai mamak dan operator nasi kandar. Orang UMNO pun ramai duduk di Pelita Nasi Kandar. Adakah ini bermakna orang UMNO yang jadi punca gejala sosial?
Perkerja kilang yang keluar shift , nak makan dimana? Kedai Melayu dah lama tutup.
Ini semua cheap trick Najib.

bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru. you cant cover the elephant carcass with a fig leaf.
Adakah ini sahaja yang mampu dilakukan oleh Najib untuk menyelamatkan kredibiliti nya yang jatuh kerana skendel bersiri? Kerana Najib reverse Shahidan, maka orang kata, nasib baik dan terima kasih kerana Najib.
Hello- orang tidak akan lupa 1MDB, FGV, MARAgate, Tabung Haji gate, Sime Darby puya pelaburan. Felcra yang bebankan peserta dengan hutang sampai ke tiang lahad, dan skendel2 yang akan datang. 
Kita belum tahu lagi kos akhir MRT. Barang diingat, MRT sepatut nya projek PFI dimana pembiayaan nya dilakukan oleh swasta, tapi kerajaan ada habit mendanai projek tersebut dan sangat suka membayar terlebih dahulu.
Ianya taktik serupa. Setiap pendanaan dan pembiayaan projek dengan bayaran lebihan dan pembayaran in advance merupakan kifayat untuk mencuri wang.
Najib tidak boleh menutup kesalahan2 ini dengan nyiru. Bangkai gajah masakan boleh ditutup dengan nyiru. Dan besar nya bangkai gajah yang hendak ditutup itu pula.  
Walaup bagiamana pun, elok kita istihar hidup Najib Razak bapa nasi kadar 24 jam!

Najib: jangan serang peribadi Dr Mahathir. kita jawab dengan fakta.
Apa kenyataan datang dari Najib, rakyat kena tapis2 dahulu. Seperti kenyataan nya bahawa dia akan jawab kritikan Dr Mahathir dengan fakta dan tidak akan menyerang peribadi Dr Mahathir.
Nak serang peribadi Dr Mahathir dari sudut mana? Kita tak pernah dengar DR Mahathir ada skendel dengan perempuan.  Kita tidak pernah dengar Dr Mahathir ada bau2 kaitan dengan pembunuhan?  Ada kita dengar isteri Dr Mahathir dituduh itu dan ini?
Najib PM pertama dirinya dan isteri menjadi objek kebencian.dan Najib buat muka sadin. Seperti kata seorang bekas menteri, UMNO bukan tahu rasa malu.
Najib tidak mampu serang keperibadian Dr Mahathir kerana Dr Mahathir tidak ada tengkorak dalam almarinya seperti Najib.  Juga Najib takut kalau dia serang peribadi Dr Mahathir, Dr Mahathir boleh serang peribadi Najib.
Kita tahu cara Najib- dia akan buat muka sadin, tapi budak2 nya akan menibai Dr Mahathir dengan teruk. Itu cara Najib beroperasi.
Apa fakta yang dia ada? Dia dan budak2 nya tidak ada fakta selain daripada mendedahkan apa yang sudah diketahui oleh masyarakat. Najib pun sebahagian daripada ‘kesalahan2’ yang dilakukan oleh Dr Mahathir. 
Sebagai seorang yang konon nya kuat berpegang kepada prinsip tanggungjawab bersama cabinet, bagaimana Najib mahu melepaskan dirinya dari terpalit dengan ‘kesalahan’ Dr Mahathir?
Fakta nya ialah Najib sendiri mengeringkan rerumput/hay ketika matahari Mahathir sedang menyinari. The fact was, Najib made hay while the Mahathir sun shone.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.